Umi sekadar nak berkongsi maklumat tentang petua2 yg diamalkan oleh nenek2 kita dulu2. Maklumat ni pun umi dapat drp pelbagai sumber. Buat sahabat2 yg dah tau or nak tambah pe2 suggestion, adalah amat dialu2kan…. Semoga maklumat yg dikongsikan beroleh keberkatan… Insya’allah...
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garam itu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akan tidur nyenyak dan tidak meragam. Dan ada juga yang mengamalkan kunyit hidup yg ditumbuk lumat sebagai penawar.
Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak anda sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu masih kecil lagi. Ada juga yang mengamalkan tuam pada perut bayi untuk memecahkan udara dalam perut.
Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru berusia 2 minggu atau sebulan.
4) Selusuh Beranak:
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi. Sentiasa bersama suami juga dikatakan dapat memudahkan proses melahirkan.
Sebenarnya banyak lagi petua2 yang dapat kita jadikan panduan, nanti kalu ada kelapangan umi akan updte lagi ye... harapan umi anak cucu umi dapat tahu apa yg org tua2 dulu lakukan tuk anak kesayangannya agar sentiasa sihat dan ceria....
bagusnya ada petua... boleh jadikan panduan..
ReplyDeletebab aoir garam tu mmg mummy qis prnh wat klu si twins demam....yg air selusuh tu prnh dgr tp xsmpt nk wat sbb twins kuar awl sebulan setgh..unpredictable
ReplyDeletesemua petua ada kelebihannya kan... cuma sekarang ni jer semua mintak ubat doctor.... kengkadang kalu dh panic ke doc gak nur ni
ReplyDeleterajinnye nur godek2 petua ni..
ReplyDeletebole amalkan..tq
ye la strawberi selain ttg harian kita ... sekali sekali kene beringat gak huhuu.....
ReplyDeletewah, bnyknye petua nur nih..bleh amalkan kan..
ReplyDeletealaa terlambat plak bc petua buat ank cpt brcakap n pintar... alisha dh umur 8 bulan... hhuhuu
ReplyDelete