Tuesday, June 19, 2012

Dendeng Daging Turun Temurun

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 10:56 AM 3 comments
Dendeng daging....
kalau dulu dendeng daging ada time raya je.... mmg tak akan dapat mkn kalau tak raya huhuhuhu... kenapa?
cz nenek n mak2 je yg pandai masak... kami2 ni hanya suka menikmati yg sedap2... kadang tu sanggup tak nak gi raya cz takut kt rumah abis... terukkan hehehe.. tapi itu lah saya  ...

kenapa aku panggil dia turun temurun? cz aku kenal dendeng daging ni dr nenek.... pas tu mama... than sekarang nur la heheh..
masak dendeng daging hasil dr cust yg order... 1 kuali ni cuma bo masak 16kg...
lum ada freezer so peti ais je la.... ready to send hehehe .. kanan 1/2kg.. kiri 1 kg...
testimoni dari salah seorg cust... ada byk lg testimoni... bo singgah hj tamsir ent...
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, June 8, 2012

Hutang Suami Kepada Isteri

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 10:20 AM 0 comments
kisah dibawah dkredit dr http://www.iluvislam.com/
sekadar tuk dijadikan pedoman hidup...

Setelah beberapa tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan berkongsi ilmu dalam beberapa 'ceramah', isu yang selalunya timbul apabila membicarakan tentang poligami adalah isu mengenai nafkah.
Dalam sebuah kuliah yang saya hadiri, ada seorang muslimat bertanya, "Puan, boleh tak kita mencuri duit dari poket suami untuk kegunaan keperluan rumahtangga?"
Walaupun saya pasti majoriti anda sudah maklum akan jawapannya, di sini saya sekadar ingin bertanya pihak suami, "Kenapa harus isteri mencuri haknya sendiri yang tidak kamu tunaikan?"
Dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: "Saya datang kepada Rasulullah S.A.W lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami?" Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)
Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya.
Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya. Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya si suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini si isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah S.A.W: 
Dari Aisyah r.a berkata: Sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya". Lalu Baginda bersabda: "Ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar". (H.R Bukhari dan Muslim.
 *Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan keperluan dapur seperti rempah-ratus (bawang, beras/ tepung, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya)
iii. Pembantu rumah bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan (sabun, syampu, dan lain-lain)
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas bilik  tidur dan sebagainya
vii. Tempat tinggal (rumah).
(an-Nawawi: 450-461)
Nafkah suami terhadap isteri yang tidak terlangsai itu akan tetap dikira sebagai hutang sekiranya isterinya tidak redha.
Mengikut Hukum Syara'  isteri yang taat dan tidak disabitkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah berhak mendapat nafkah daripada suaminya.
*Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah suaminya iaitu antara lain;
a) Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya.
b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.
Kepada para isteri, andai isteri-isteri semua redha tidak diberikan nafkah tersebut oleh si suami, maka terlepaslah hukuman untuk suami-suami anda di akhirat. Tetapi andai isteri tidak redha, persoalan nafkah ini akan tetap dibangkitkan kembali ketika hari penghisaban di akhirat kelak.
Kepada para suami sekiranya nafkah si isteri tersebut sengaja diabaikan, bawalah bertaubat dan langsaikanlah semula hak-hak si isteri mengikut kemampuan anda. Sudah tentu anda tidak mahu disekat daripada menjejakkan kaki ke Syurga semata-mata kerana hutang anda yang tidak terlangsai kepada si isteri. Wallahualam.
Sumber imej : nurshahfamily


Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, June 7, 2012

Sejuk perut kandungkan Kamu Anakku

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:07 AM 0 comments
tak tahu nak cite apa... 
apa yg pasti umi bahagia... ank2 umi saling menyayangi...
abg irfan jga adik tido...
Adik aleesya jaga abg tido...
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, June 6, 2012

Tanggungjawab Anak Hj Tamsir

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:15 AM 5 comments
Kisah kali ni... sejarah keluarga....

Nak dijadikan cerita yg dipendekkan... nur di besarkan ngan keluarga yg berniaga... so minat tuk berniaga tu mmg ada byk sgt hehehe... abis je sek menengah... rutin hujung minggu adalah tolong mama & baba niaga... kalau dh minat tak suruh pun bo buat sendiri hehehe... kebiasaan tu berlarutan sampai la kawin...
Lainnya nur ngan kawan2 sebaya time tu adalah hujung minggu mesti di kg... tak ada alasan yg bo buat nur tak balik kg... carik keje pun mesti cuti sabtu ahad... ( pelik tapi benar ye )

biasanya pasangan nur niaga ngan adik yg comel ni (mummy tili)... nur kipas satay... adik umi jaga depan... mmg seronok... sgt2 rindu saat indah tu... pas kawin n dpt ank tak dpt lagi gi niaga... kadang tu gian gak nak mengipas satay... dlm 5thn ni... bo dikira brp kali gi niaga...

Ari ni ada alasan tuk hubby yg membolehkan nur gi niaga ngan dik2 nur hahahaha... akhirnya... dpt gak gi niaga lagi... seronok gi niaga kt pasir gudang ni... kejap je.. dh bo balik... we all kuar rumah kul 5pagi... sampai pasir gudang kul 6pagi... solat kt masjid pusat bandar... pastu terus idupkan api arang... sambil tu kemas2 meja tuk niaga... agak kekok cz dh lama sgt tak gi niaga pasir gudang... ( yg kekok nur je.. adik2 lain masih ada gi lagi sebelum2 ni)

Lum apa2 lagi nak tunjuk hasil jualan kami selama 4jam hehehe
seawal 6.30 pagi dh siap susun barang.. arang pun dah menjadi bara... so nak start mengipas lak hehehe
masih sempat posing walaupun sgt2 bz huhuhu

Untuk buat tempahan bo la ke fb : Hj Tamsir Ent

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE