Thursday, June 30, 2011

Tak bo Update Blog Lagi???

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 4:03 PM 2 comments

Assalamualaikum..

Mood time ni.: berkongsi..

Dari pagi lagi... ramai kawan2 inform blog tak bo login... update jauh sekali...

kenapa ye? ade sape2 tahu kenape?

nur bukak bo je... ke disebabkan cite2 dulu yg kate mesti gmail... selain gmail akan di delete...

ye ke? sejak bila?

Ada sape2 bo tolong? MySpace

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Tikar Evamatic Made In Indonesia

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 8:55 AM 4 comments
~ Tikar Evamatic merupakan
alas lantai modern yang memiliki design dan warna yang sangat menarik
~ made in Indonesia
~ mencegah Rheumatic yang di sebabkan hawa sejuk lantai
~ menambah pengetahuan/pendidikan anak2 Anda.
~ Tikar ini sangat sesuai digunakan di berbagai lokasi seperti:
Ruang keluarga, bilik tidur, tempat bermain, ruang belajar, dll.
~ Saiz 200 x 120 x 0.3 ( tilam single )



PRINCES ( ready stock )
pilihan warna : biru/hijau/oren/violet/pink

DORAEMON 123 ( ready stock )
pilihan warna : peach /pink

HARGA

Sekeping - RM55.00 including postage
2 keping - RM105.00 including postage

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Fakta Penting Penyusuan Bayi

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:32 AM 2 comments
Assalamualaikun
Mood time ni: keibuan

Seronok sgt aleesya masih lagi menyusu terus dr badan... pelbagai cara umi buat tuk kebaikan aleesya... hope semuanya berbaloi...
tengah memandu.. aleesya nak susu... parking kt tepi menyusukan aleesya jap...
aleesya kenyang sambungkan perjalanan...

Fakta Penting Penyusuan Bayi

* Menyusu bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal

* Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara

* Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)

* Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu

* Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)

* Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu

* Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning

* Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang

* Melancarkan sistem pengkumuhan bayi

Lagi info tentang PENYUSUAN BAYI :

Benefits of DHA
Breast Milk Prevents Infatile Colic
Breastfeeding Tips for New Mothers
Breastfeeding and Brain Development



Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, June 29, 2011

Abg Irfan Dukung Adik Aleesya

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:59 PM 2 comments
Assalamualaikum
Mood time ni: santai

Abg irfan sgt teringin nak mendukung adiknyer... so pada 1 petang ayah bg abg irfan cuba dukung adk aleesya...
baru je dukung sekejap.... dh penat...
Perbualan sebelum kejadian hehehe

abg irfan: ayah.. ayah.. ayah...
ayah: ade ape bang?
abg irfan: nak ukung baby esah jap boleh?
ayah: berat la abg tak kuat...
abg irfan: oleh... ha betol
ayah: ha nak dukung... hati2 ye...
abg irfan: ha ok
abg irfan: ayah... ayah... ayah... berat baby... ipan nat
ayah & umi : senyum je hehehehehe

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

MASALAH pENYUSUAN bAYI

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:28 PM 4 comments
Assalamualaikum..
Mood time ni: mencari dan berkongsi..

Umi tak anggap nie satu masalah... cuma kesian ngan ank umi yg hanya selesa menyusu sebelah kanan sahaja... so umi carik info n praktikkan ilmu nie...
hope ngan adenye info ni ank umi dapat menikmati kedua-dua belah tuk menyusu...
doakan umi semua...

Pic credit mr google

Antara masalah biasa dialami wanita untuk menyusukan bayi :

Puting Terbenam
Dalam sesetengah kes, perkara ini tidak akan menjejaskan penyusuan, terutama jika bayi boleh memasukkan seluruh bahagian areola (kawasan berwarna di sekeliling puting) kerana di sinilah terletaknya duktus susu. Bagaimanapun dalam kes teruk, bayi mungkin tidak dapat menyusu. Bagaimana untuk mengetahui jika anda mengalami masalah ini?

Caranya mudah, picit bahagian areola (kira-kira 2.5 sentimeter atau satu inci dari puting) perlahan-lahan. Jika puting keluar, bermakna anda hanya perlu memberi rangsangan sebelum menyusukan anak.

Sebaliknya jika puting tidak keluar, anda mungkin mengalami masalah ini. Beberapa cara boleh digunakan untuk merangsang puting keluar seperti menggunakan pam khas dipanggil nipplet. Alat ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

Selain itu, mereka boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama satu dua minit. Pada masa sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan wanita tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

Wanita juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan saja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

Puting Terasa Sakit dan Rengsa

Wanita yang ada masalah puting terbenam mudah mengalami kerengsaan puting. Anda akan berasa tidak selesa apabila puting 'tertarik' ketika bayi menyusu. Selain itu jika puting terbenam balik ketika penyusuan, ia memerangkap kelembapan dan boleh menyebabkan puting merekah. Bagi individu yang ada masalah ini, lap puting hingga kering selepas selesai menyusukan bayi.

Cara bayi menyusu yang tidak betul juga boleh menyebabkan puting terasa sakit. Usik mulut bayi dengan puting supaya mulutnya terbuka cukup besar untuk menyusu dan menghisap hingga ke bahagian areola dan bukan di puting saja. Jika anda berasa selesa dan tidak sakit, bermakna kaedah digunakan adalah betul.

Beri anak susu dari sebelah payu dara untuk satu-satu masa (masa penyusuan antara 20 hingga 30 minit) dan ganti dengan sebelah lagi untuk penyusuan seterusnya. Ini kerana susu badan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi vitamin dan mineral, manakala bahagian kedua (juga dipanggil susu belakang) pula kaya lemak. Jadi menyusu anak dari payu dara sama, bermakna anda memberi susu yang banyak lemak kepadanya dan dia tidak mendapat vitamin serta mineral.

Payu Dara Bengkak dan Sakit

Jika baru melahirkan anak, masalah ini mungkin disebabkan tisu pada payu dara membengkak dan mengandungi banyak susu. Biasanya selepas beberapa bulan masalah ini disebabkan terlalu banyak susu. Untuk mengelak perkara ini, susu anak setiap 2 hingga 3 jam.

Sesetengah wanita mungkin mengalami kenaikan suhu badan yang menyebabkan mereka terasa seperti hampir demam. Jika anda mula bekerja, masalah ini boleh dielak dengan mengepam susu supaya ia boleh disimpan dan diberi kepada anak ketika anda tiada di rumah.

Jika terasa sakit, letak pek sejuk untuk mengurangkan kesakitan. Jika mahu gunakan pek panas juga boleh, tetapi dalam tempoh singkat kerana kepanasan boleh menyebabkan tisu menjadi lebih bengkak. Urut payu dara perlahan-lahan sebelum menyusukan anak boleh melancarkan aliran susu dan melembutkan payu dara.

Benjolan Lembut Pada Payudara

Biasanya ia disebabkan duktus yang mengalirkan susu tersumbat atau tersekat akibat kehadiran sel kulit atau susu. Apabila duktus ini penuh dan kembang, tisu payu dara yang berhampiran menjadi lembut. Antara tanda yang boleh dilihat ialah benjolan merah pada payu dara. Jika perkara ini berlarutan, bengkak menjadi bertambah besar.

Cara untuk mengatasinya ialah menyusu anak dengan kerap mengikut keperluannya. Mulakan penyusuan dengan payu dara yang alami bengkak dengan meletakkan bayi (pastikan hidungnya terkena payu dara anda) berhampiran bahagian bengkak. Cara ini dikatakan dapat melancarkan pengeluaran susu badan.

Jika masalah bengkak berulang pada payu dara sama, tukar posisi penyusuan dan elak memakai pakaian yang banyak memberi tekanan pada payu dara, termasuk baju dalam yang ada besi penyokong. Selain itu, urutan boleh mengurangkan masalah ini.

Pada masa sama, wanita perlu belajar beberapa posisi menyusukan bayi sama ada dengan mendakap anak (sambil duduk) atau menggunakan alat bantuan seperti bantal penyokong bagi mengelak si ibu mengalami masalah sakit pinggang.

www.tips-fb.com

"SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone"

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:59 AM 3 comments
Kepada yg nak join bo la KLIK SINI

nur nak tag
mummy sofia
ibu rifkah
zura

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, June 24, 2011

Keburukan AIR MASAK Kepada Bayi

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 10:07 AM 8 comments

keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan

Pic credit dr mr google...

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

PENCEMARAN

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

MENGHAKIS

Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

JAUNDIS/DEMAM KUNING

Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*

Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! MySpace

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”



Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, June 23, 2011

NAk Carik Blog List baru

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:35 PM 4 comments
Assalamualaikum...
Mood time ni: santai2

Jutaan terima kasih kepada yg sentiasa sudi jadi pengunjung n kawan umi.... terima kasih kerana berkongsi pengalaman ngan umi... walaupun kita tak pernah jumpe tapi terasa kite dekat hehehe...

Ape pun umi tahu tak ramai yg tinggalkan jejak huhuhuhu... so yg tinggal jejak telah pun dibalas jejaknye hikhikhik...

Blogwalking tetap blog walking... Tapi la ni umi nak carik blog list baru... tujuan? kenapa????

1. yg ade dlm senarai blog list wajib umi ari2 baca n3 dia hehehehe
2. yg layak jadi blog list adalah mereka yg rajin komen kt blog umi ni hehehehe
3. bo la lebih rapat ngan kawan2 yg ade dlm blog list...
4. yg rajin singgah pun layak hehhehehe
5. yg rasa nak nur singgah ari2 ke blog dia ...

blog nurshahfamily ni ak la glamor mana... cuma rasa tenang kalau dpt baca pengalaman or cerita2 u all....
kalau u all rasa nk ade dlm blog list nur tinggalkan komen ye hehehe...

tinggalkan link dlm kmen ye...
senang nk masukkan dlm list

mekasih
wassalam...

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:17 PM 2 comments
Assalamualaikum

Mood time nie: santai

meh la baca berita gempar!!!!!!!!!

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN

SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH

TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah

mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan

dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli

ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun

2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK

MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan

bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan

kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa

JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak

munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian

telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan

yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa

sedemikian. Inilah isi

wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa

haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan

menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,

apalagi satu kampung..........!!!

hehehehehe... jgn marah ah... nanti kena jual (",)

MySpace



Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, June 22, 2011

Aleesya Dah Meniarap

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:07 PM 5 comments
Assalamualaikum...
Mood time nie: Auto publish

Alhamdulillah.... aleesya dh nak masuk 4 bulan minggu dpn... sebelum 4 bulan aleesya dh pandai meniarap sendiri... pada mulanyer mmg susah tapi aleesya berjaya akhirnyer... dpt je meniarap terus tersengeh2... nak bgth dh berjaya la tu...
Oleh kerana aleesya dh pandai meniarap so umi adiahkan Tikar Evamatik nie.... Actually umi pun jual tikar ni... aleesya sgt suke lepak kt sini cz bo meniarap sesuka hati dia.... ada byk pic... sgt warna warni... sambil2 tu bo la abg irfan mengenal abjad abc...
Kepada kawan2 yg nak beli bo la email nur
harge istimewa tuk follower nurshahfamily hehehehe
dnurboutique@yahoo.com
019-7332577

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Tuesday, June 21, 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan part 2

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 3:38 PM 0 comments

Mulalah membaca kepada dia sekarangAlign Centre

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

Aleesya: tuk sekarang nie... aleesya lebih suke kalau kite nyanyi lagu2 kanak... ayah aleesya selalu nyanyi lagu pelangi, abc dll.. Aleesya sgt enjoy...

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

Aleesya: sekarang ni aleesya kalau naik kereta tak suke tido... sgt suke kalau umi inform tu pokok.. tu car... tu lori... tu kfc hehehe.. tu kedai.. rumah dll.. berbual sampai dia ngantuk n tido...

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Aleesya: dah kenal ngan tuala ( lebih2 lg tuala busuk abg ifran... suke tarik kalau abg tido) dh pandai pegang brg yg kecil n yg mudah dipegang..

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk “menerima”, serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

Aleesya: la ni dh mula nak berbual... aleesya akan panggil org.. kalau tak dilayan kaki dia lak menendang suruh berbual ngan dia... sgt bising kalau berbual...lagi2 setiap kali dgr suara ayah dia.. nak mengadu la tu huhuhu

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.



Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, June 17, 2011

Perkembangan bayi anda pada usia 3 bulan part 1

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 4:16 PM 0 comments

Assalamualaikum...

Mood time ni: timba ilmu

Aleesya sekarang dh 3 bulan.... tuk menambahkan ilmu... umi carik info ttg perkembangan bayi di usia 3 bulan....

Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

Aleesya: kepala dh tegak... setiap kali pas mandi nak sapu minyak blakang badan aleesya or meniarap or didukung dh angkat kepala... tak jatuh2...

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Aleesya: dah pandai genggam jari umi ngan kuatnyer... brg yg kecik dh bo pegang... suke tarik tuala or selimut abg irfan hikhikhik.. kaki mmg kuat menendang... kalau didirikan dh tegak cam nak jalan hahahaha... time mandi lagi la...

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Aleesya: dh set masa time tido mlm.... kul 12 naik bilik tuk tido atas katil.. pas susu tido sampai kul 4 or 5 pagi.. nak susu

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

Aleesya: dh kenal sape umi... ayah... ang irfan or atuk nenek... yg pasti aleesya akan nangis kalau dgr suara umi or ayah tapi tak amik dia.... dan akan ketawa setiap kali tgk gelagat abg irfan yg berhenti main... kehulu kehilir..



Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Segalanya Wanita

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:52 PM 0 comments
Assalamualaikum..
Mood time ni: bersyukur

Segalanya kerana wanita.... betapa bertuanya wanita.... betapa bersyukurnya kita yg bergelar wanita....
rugi serugi ruginyer kepada mereka yg tak menghargai
wanita...
Pic dibawah ni adalah wakil wanita2 seluruh dunia....
*
*
*
*
*

LEMBUT wanita kerana SENYUMANNYA

CEKAL wanita kerana BERANINYA

PATUH wanita kerana KESETIAANNYA

SABAR wanita kerana IMANNYA

KASIH wanita kerana BELAIANNYA

LEMAH wanita kerana AIRMATANYA

IKHLAS wanita kerana SIMPATINYA

PENDAM wanita kerana CEMBURUNYA

SAYANG wanita kerana SIFAT KEIBUAANNYA
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, June 16, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:37 PM 2 comments
Assalamualaikum
Mood time ni: berkongsi info

Oleh krn sekarang ni umi masih lagi menyusukan aleesya secara exclusive... so umi banyak mencarik dan berkongsi segala info ttg penyusuan ibu... so meh la baca mitos penyusuan dibawah ye...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...

Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

1) KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP

* Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2) TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

* Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.

3) BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA

* Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4) BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK

* Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.

5) BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D

* Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.

6) IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI

* Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.

7) MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI

* Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.

8) WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN

* Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.

9) JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN

* Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.

10) LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN

* Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

Sumber : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_202230379817778&ref=notif&notif_t=group_activity#!/home.php?sk=group_166907716669964&view=doc&id=222236664470402


Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Tuesday, June 14, 2011

Kumpulan Ibu Menyusu (KIM)

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:57 AM 0 comments
Assalamualaikum...
Mood time nie: happy...

Alhamdulillah sekarang aleesya dh 3 bulan lebih menyusu umi.... so umi pun menambahkan la ilmu penyusuan.... ngan berkongsi pengalaman dan tips2 berguna dari ibu2 yg lebih berpengalaman.... menyusukan anak...
Actually dh nak masuk sebulan gak la umi join group KIM nie... di facebook...
1 lagi kebaikan yg kite dpt ngan adenyer facebook.....
Ngan rasminyer kini umi ahli Kumpulan Ibu Menyusu ( KIM )...
Sticker sudah dipasang hehehehe.....

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE