Friday, November 11, 2011

APA MAKNA FAMILY????

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:49 AM 2 comments
Assalamualaikum...
seperti biasa sgt bz sampai tak sempat update blog nie....

Ada sapa2 tahu makna FAMILY?
cerita yg akan ank2 umi n kawan2 baca adalah hasil dr sumber facebook... tak bermaksud menyinggung sesiapa sekadar untuk saling renung2kan....


Balik lah awal..

Baca perlahan-lahan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar se
orang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jeritku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar muzik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


“HARGAILAH KELUARGA ANDA”
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Tuesday, October 25, 2011

main sama2 ye jgn gaduh2 tau

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 4:39 PM 2 comments
Assalamualaikum.....
fuhhhhhh lama sungguh tak update blog nie..... umi sgt2 bz.... lebih2 lagi ank2 sayang umi ni masing2 baru baik dr demam..... sambung menyambung... dr umi turun ke abg irfan.. turun ke aleesya... n last sekali turun ke ayah ank3 umi....
alhamdulillah la ni semua beransur sembuh cuma aleesya je selsema lum baik tapi dh ade perubahan proses peyembuhan la tu hehehehe....
ayah adalah insan yg sgt susah hati dikala umi n ank2 tak sihat.... sepanjang umi tak sihat ayah la yg mengurus ank2... time aleesya nk susu je ayah send ke bilik tuk umi susukan aleesya.......
bertuahnyer umi n anak2 dapat suami n ayah seperti kamu sayang Mohd Shah....
meh layan pic abg irfan n adik aleesya bermain bersama.... suke sgt tgk diaorg ni bermain....
@
 @
 @
@
@
@
@
abg irfan buat aeroplane la..... alessya pun bising la... nak jugak la hehehehe
main main gak tapi tv tetap on huhuhuhuhu.....

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, October 14, 2011

TADAAAAAAAAAAAAA MASA TUK TGK MOVIE

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 5:28 PM 0 comments
Assalamualaikum semua....
seperti biasa blog ni umi jadikan diari rutin anak2 dan aktiviti keluarga... satu hari nanti umi harap ank umi dapat la membaca tulisan umi ni.... baca sendiri gelagat ank2 umi masa meningkat usia.... macam2 ank2 umi belajar...
cam adik aleesya nie... banyak belajar dr abg irfan.... ape je yg abg irfan buat dia pun nak buat... salah satunyer.... selongkar laci ni tuk carik dvd blueray ayah.... la ni dh bo keluarkan dvd dr laci.....

be a good gurl ye sayang...
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, October 13, 2011

caaaayang aleesya

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:05 AM 2 comments
Assalamualaikum,
suka baca tajuk diatas hehehehe..... abg irfan mmg sayang sgt kt aleesya.... walaupun aleesya suka kacau abg irfan tido... abg bangun n cium aleesya.. pastu sambung tido hehehehe ( ade2 je abg irfan ni ) apa2pun umi sejuk perus umi mengandungkan ank2 umi...
ok la ni cite pasal pic lak...
tarikh 09/10/11
masuk je kete....
irfan: umi.... sayang echa boleh????
umi: boleh...
irfan: ooo ok (pas cium) mekasih...
Aleesya yg tak banyak kerenah... lagi2 tengok gelagat abg irfan
umi berbaju kebaya pendek hehehehhe bersama aleesya

ni lah teman dekat tapi jauh hehehehe... sofia makan kali ke 2 hikhikhik... suka tgk sofia makan....
abg irfan n sofia lawan pedang bunga manggar la....
aleesya n airin...
abg irfan mintak cup kek... sgt comot abg irfan makan huhuhuhu.. nasib la dh nak balik...
  Apa apa pun semua kejadian diatas adalah disebabkan we all dtg ke walimatul urus
kami sekeluarga nak ucapkan selamat pengantin baru buat Shah Rizal & Sue Diah
pic last creadit from http://anglelady.blogspot.com/
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, October 7, 2011

Erti Gerak Geri Dalam Solat

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 2:08 PM 1 comments
Assalamualaikum....
Alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa di laman nurshahfamily nie... tuk renungan bersama....
Segala renungan dan nasihat adalah tuk diri umi sendiri... dan harapan tuk anak2 umi bila dh start baca diari keluarga nie... dan tuk semua kawan2 yg singgah.. menjengah dan tersinggah hehehe...

Erti Gerak Geri Dalam Solat :
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Hari sesuai potong kuku

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:42 AM 0 comments
Assalamualaikum semua....
Seperti biasa... ari2 pun mengadap pc... selain update order... berchat2 ngan kawan2 n customer... sambil2 gak la ber blog walking ( cuma kurang rancak huhuhu )...
disamping itu juga terjumpe la info yg rasanya bo dikongsi ngan ank2 umi akan dtg dan kawan2 sekarang nie...
meh kita jadikan amalan... sesungguhnya kita diwajibkan buat apa yg sepatutnya...
waallahualam....

barang siapa yang mengerat kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

sumber: facebook


Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, October 6, 2011

Jangan beli.. Ada lemak Khinzir

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:31 PM 0 comments
aSSALAMUALAIKUM....
mari lah kawan2 kita elak dr makan yg tak sepatutnya.... pelhara jenerasi kita ngan sempurna...

JANGAN BELI !!! ADA KHINZIR
buat sahabat dan umat seislamku,,marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita..


.patutlah lepas makan ni..kita susah nak baca al quran & solat !!! contoh lain.. apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli.

Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam info : persatuan pengguna pulau pinang

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni.

..kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua

..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin...


MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT


1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920
15 E 270 30 E 433 45 E 481

Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:

"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan SEPENUHNYER...

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Send Ayah gi keje

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:00 AM 1 comments
Assalamualaikum semua....
Lama gak la tak berkesempatan uppdate diari kesayangan umi nie.... apepun kene gak update tuk ank2 umi baca nanti hehehehe... terima kasih kepada kawan2 yg tak jemu singgah....
Abang irfan dh semakin dewasa..... al-maklim la dh jadi abang kepada aleesya... banyak gak la membantu... kadang dtg gak la kerenah dia... budak la katekan....
Irfan paling risau kalau dah kul 11 ayah tak gi keje...
ayah.... tak work? berulang2 kali dia tanye.... sampai la ayah kuar umah... pakai baju... 
irfan lak amik laptop.... topi... tolong angkat modem gi kereta.... salam... baru la dia lega n ajak umi n aleesya masuk umah...

time ni irfan tanye topi ayah mana? 
ayah jawab ade kt dlm tu... 
irfan: mana? tak de pun...
ayah: ade....tu ha
irfan : oooo ok... ayah work...

ayah: abg jaga adik tau...
irfan: ha ok ok..
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, September 30, 2011

sapa tahu nak order ngan sape??????

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:00 PM 0 comments

pic kredit dr google...

Assalamualaikum semua....
lama rasanye tak update blog nie... sgt2 la bz.... sejak stok tikar evamatik masuk nie... banyak la permintaan... alhamdulillah sambutan pun sgt2 baik...

Ok lah nak cite ttg pic diatas.... kek gulung dam ( ye ke nama dia nie...?) yg pasti dh lama sgt carik kek ni... kek yg sedap... krim banyak... kek yg lembut... huhuhuhu ... mana la nak carik... carik kt iks asyik tak de stok je...

kalau kawan2 tahu mana dan tahu sape ade buat kek ni... bagitahu la ye.... rasa kecewa sgt kalau gi iks tu tapi abis....

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, September 29, 2011

Doa wanita itu lebih makbul

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:45 PM 2 comments
Assalamualaikum semua...
Marilah kita sama2 memahami istilah wanita sebenar...

Renungan : 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul ...daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.Lihat seterusnya..
Oleh: Ceciter Ilmu

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, September 22, 2011

Mari Kenali Wanita....

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 12:22 PM 7 comments

Kenali Wanita


a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh.
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas.
d) Angin - keempat, kelapan, keduabelas.


WANITA BERUNSUR TANAH
 
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
 
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
 
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
 
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
 
Umi aleesya unsur Tanah
Aleesya unsur Air

u all?

 
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Mencari Anak Hilang.... Mari Sebarkan...

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:35 AM 0 comments
Kepada Rakan2 semua, Anak kepada rakan FB saya telah hilang tengahari semalam (14 Sept 2011 --> post dikeluarkan) dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal. Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
Tinggi : lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan
hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut
pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.


MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.

Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, bolehhubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252
(Salleh).


Mohon disebarkan.

 
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, September 21, 2011

WANITA UNTUK SUAMI....

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 10:55 AM 4 comments
salam tuk semua....
meh baca cerita nie... sgt bagus dijadikan tauladan hehehehe...

cerita yg menarik, cuba baca ye.... slmat membaca..:)

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...


Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sumber: facebook
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, September 16, 2011

Aleesya hilang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 9:56 AM 7 comments
 salam tuk semua.....
hehehhee gempak tak tajuk n3 kali nie.....
actually aleesya mmg hilang..... hilang dr pandangan mata n pengawasan umi...
aleesya ni jenis suke ketawa tanpa suara so susah nak tahu dia dimana.... yg dia tahu kalau kita jumpe dia tersengeh je....
bawah meja ni pun abg irfan yg jumpe huhuhuhu.....
sejak dh laju maju... bergolek... u turn.... undur ni satu rumah aleesya jelajah....
mehh tgk aleesya bawah meja

dia ingat org tak nampak dia la tu... senyap je...
cam dh nak cantoi nie huhuhuhu
time nie aleesya dh start sengeh2...
abg join sekali la....nak ajak adik keluar la kononnya

borak ape la dua beradik nie.... aleesya dh terkekek2 tawe
ingatkan nak ajak adik keluar ruoenyer join sama main bawah meja... aduhai.... 
anak anak umi nie....
penghibur hati umi yg mmg dh ceria hehehehe
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE