Tuesday, July 28, 2009

:: Keistimewaan Sya'aban Part 2 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:40 AM
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud
:Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud
::AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU::
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan:
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat
Bersambung ................................
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE