Sunday, August 30, 2009

:: Kongsi Rezeki ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 3:28 PM 5 comments
Betul kata org .... tak cuba mana kita tahu kebenarannya kan ..... memula susah gak nak percaya ..... oleh kerana hanya modal RM5 ...... umi pun cuba la nasib hehehehe ..... kalu betul dapat la tambah beberapa helai lagik baju raye irfan, kalu tak betul hangus la rm5 umi huhuhu ..... umi baru jer join alhamdulillah kini umi dh dpt rm 20 ....dah balik modal pun.... so umi nak la ajak kawan2 blogger umi tuk join Danaraya.com ni ...ada rezeki kita mesti la kongsi ..... apa tunggu lagi ... mari lah kita tolong-menolong sesama blogger ..... kompon leh beraya sakan .... kalu nk banyak lagik heboh2 kan la kat umah blog you all semua ......... meh la join under nur .... disamping kita berblogging kita menjana acc kita sendiri ....... tak rugi hanya RM 5. Berminat klik jer wit rm5 kat bawah ni .....

www.tips-fb.com

Wednesday, August 26, 2009

:: Untuk Semua Teman2 Ku ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:59 AM 7 comments
Insyaallah dalam masa terdekat ni nur nak merasmikan D'Nur Boutique Online. Pada mulanya nur tak berani gak nak beritahu hubby tentang niat nur ni, macam tak percaya hubby sokong dan beri nur kebenaran tuk lancarkan D'Nur Boutique ni MySpace. Kalau tak keberatan jadi la followers D'Nur Boutique. Doa dan sokongan kawan2 amat la nur harapkan.... MySpace
www.tips-fb.com

Monday, August 24, 2009

:: Dapat kad sambut pose ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:44 AM 2 comments
Dari Dik Wa .... mekasih la byk2 ..........
www.tips-fb.com

Saturday, August 22, 2009

:: Irfan vs Rimau ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:25 PM 2 comments
Ini lah satu2nya kawan irfan yang selalu dirindui huhuhu ..... apa taknyer nak jumpe kene balik kg tok bah ......... memula tok bah beli harimau ni tuk halau binatang kat kebun ...... oleh kerana irfan suke main ngan rimau ni tok bah beli lain tuk kebun hehehehe ........ ganasnya anak umi ni ...... main ngan rimau hehehehe
nasib la ade rimau ni temankan irfan main cz umi bz kat dapur tok bah dapat order makan tuk sek men benut ........... makcik2 irfan semua sekolah ....... yang pasti umi perhatikan irfan enjoy jer main ngan rimau tu ........
www.tips-fb.com

Friday, August 21, 2009

:: Ahlan wasahlan Ramadhan ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:00 PM 1 comments
KELEBIHAN RAMADHAN
Sempena umat islam menyambut kedatangan ramadhan, ingin umi mengingati diri umi dan berkongsi ngan kawan2 umi kelebihan yang dijanjikan di bulan Ramadhan al mubarak ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
Sama2 lah kita renungkannya ......... samada sudah bersedia kah kita untuk mendapatkan kelebihan dari yang Esa ........ Semoga kita sentiasa ingat jaga lah yang 5 sebelum datang yang 5.
Amin ................
www.tips-fb.com

Thursday, August 20, 2009

:: lama nya umi cuti ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:08 PM 1 comments
Assalamualaikum.......
huhuhu lamanya umi tak update blog ni....... umi bz ckit lately ni ..... ye la ngan boutique nyer lagi yg baru dilancarkan hehehehe cam ape jer ek main lancar2............ actually byk pic nak upload tapi ..... sok la... umi penat sungguh la ari ni.....
www.tips-fb.com

Sunday, August 16, 2009

:: Happy besday To My Love ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:17 PM 4 comments
Hari yg sungguh bermakna buat umi and irfan ....... 15 ogos 2009 adalah tarikh lahir suami & ayah tersayang ..... Sebenarnya ayah irfan ni tak berapa nak sambut2 besday ni ..... tapi kali ni umi and irfan diberi peluang tuk sambut hari ulang tahun ayah ...... umi yakin sangat, ayah mesti bersyukur dan rasa bertuah sgt cz thn ni umi hadiahkan irfan tuk berada di antara kita.... terima kasih cz ayah amat menyayangi kami.


Irfan mmg manja ngan ayah ....
www.tips-fb.com

Saturday, August 15, 2009

:: Irfan berceloteh hehe ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 6:17 PM 2 comments
www.tips-fb.com

Friday, August 14, 2009

:: Bercinta Di Hutan Bandar ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:19 AM 6 comments
Hehhehe tajuknyer cam ape jer ek ...... ni la aktiviti nurshahfamily kalu ada masa terluang .... ari ni ayah balik keje awal so boleh la ajak irfan & umi gi bercinta2 MySpacehehehehe .... la ni kalu bercinta bertiga hikhikhik.... so enjoy2kan la diri ngan pic dibawah..MySpace



Selesai ........... MySpace

www.tips-fb.com

Monday, August 10, 2009

:: Sape Tahu Tolong La ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 8:58 PM 8 comments
huhuhu...... terlebih dahulu nak minta maaf la cz akan tolong nur hehehehe MySpace...... sebenonyer nur ni nak belajo cam ner nak wat gabung2kan gambo selain photoshop? nur cuba buat kt photobucket tak leh pun hwaaaaaaa MySpace...... sape2 yang tahu tolong la ajarkan .... saya budak baru nak belajo ..... Plzzzzzzzzzzzzzzzzz MySpace
www.tips-fb.com

:: Hapy Besday To Ainey "ibumifzal" ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:10 PM 4 comments
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Auntie ainey ....
Allah selamatkan kamu.......

Tuk pengetahuan irfan umi pun baru tahu ari ni besday kawan blog umi iaitu ibumifzal ( Ainey )........ Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .... Amin...MySpace

www.tips-fb.com

:: Thank You Auntie Ryn ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:42 AM 3 comments
Terima kasih auntie ryn hehehehehe baju irfan ni sampai ari sabtu kemarin...... irfan suke sgt hehehe...... umi nanti orderkan satu lagik tuk irfan yek ...... MySpace
www.tips-fb.com

Sunday, August 9, 2009

:: Tip Merangsang Minda Anak Part 3 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:04 AM 2 comments
31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. Boleh juga menggoyangkan badannya dengan berzikir contohnya LAILAHAILALLAH..LAILAHILALLAH .

32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya

36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Sekian, TerimaKasih.....MySpace
www.tips-fb.com

Saturday, August 8, 2009

:: Tamat ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:40 AM 0 comments
Tamat la sudah masa tuk mengundi ....... kini hanya tunggu keputusan dari mama-aqish ......... tahniah pada semua bakal pemenang ...... semua cute miut .....hehehehe
www.tips-fb.com

:: Tip Merangsang Minda Anak Part 2 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:08 AM 0 comments

11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya

20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

Bersambung ................MySpace
www.tips-fb.com

Friday, August 7, 2009

:: Mari la Vote Irfan ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 6:48 PM 3 comments
Salam sayang tuk semua kawan2 bloger umi hehehe .... mari lah sama2 mengundi mohd irfan yg cute MySpacehehehe ...
Cara nak vote senang jer...ikuti langkah2 berikut :
Taip "VOTE B08 untuk irfan dan hantar ke entry ni
mama_aqish....cuma vote di kat entry mama_aqish vote je yang akan dikira.....
Setiap blogger hanya boleh mengundi sekali sajok k....pengundi berhantu yang tak de blog tak akan dikira....
Undi akan di kira start dari 01hb July 2009 - 07hb July 2009
Selamat mengundi semua MySpace
www.tips-fb.com

:: Tip Merangsang Minda Anak PArt 1 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:48 AM 8 comments
Seperti biasa umi suke mengumpul petua2 dan panduan tuk umi lebih prihatin terhadap anak umi disamping berkongsi info ngan kawan2 bloger umi. Marilah sama2 kita amalkan.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. Jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.


2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.


3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.


4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.


5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.


6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.


7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.


8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.


9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.


10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
Bersambung ..............MySpace
www.tips-fb.com

Thursday, August 6, 2009

:: Shoping ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 3:31 PM 0 comments
Masa tuk shoping barang dapur hehehehe .... lepas je anta cik ti gi bus station ... ayah bawa umi and irfan gi shoping .....hehehe ..... sambil2 cari adiah tuk iman huhuhu belated besday la iman ye .... lambat la umi saye ni nak pos adiah iman ....
Selepas shoping ayah bawa gi mana nieeee???????? Bersama umi ...... same tak muke saye ?????? .... hehehehe rupanya ayah bawa kami gi mancing la ...... irfan ngan umi tunggu dlm kete jer ..... tunggu ayah siap mancing and gi makan .....
Ini lah Ayah saye hehehehe.... nanti irfan beso, irfan teman ayah mancing yeeee....
www.tips-fb.com

:: Pakai Tali Pinggang Belakang ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:38 AM 3 comments
Bagusnyer anak umi ni ..... pakai tali pinggang belakang ye sayang ...... duk diam2 yer ..
Ha berbual aper je la tu ngan mak chu ..... " mak chu pakai la tali pinggang belakang tu"
( tepon bunyi lagu ank2 rossa ) tepon umi bunyi la ..... sape la yg kacau saye nak borak ni ....
umi ni tepon bunyi ayah yg tepon ni ...... tanya bila nak balik jb .... ni ayah nak cakap ngan umi ..... ( ada puting pun nak bercakap hehehehe )
www.tips-fb.com

Wednesday, August 5, 2009

:: Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 5:14 PM 1 comments
1) Copy logo yg kat bawah nie & letakkan kat sidebar blog korang bersama link 4love-diamond...:: DONE ::

2) jadi followers kat sidebar di blog 4love-diamond...

:: DONE ::


3) pastu list kan blog 4love-diamond kt bloglist korang...

:: DONE ::


4) buat entry khas kt blog korang dengan tajuk "Sweet Moments Baby Love 1st Give Away Contest"....(tajuk nie jer yg diterima k)

:: DONE ::


5) letakkan foto korang suami/isteri, tunang or kekasih bersama baby....OOoooopppsss...jangan salah sangka...* bagi yg berstatus tunang or kekasih, u olls leh letak foto korang dgn anak sedara ker, adik ker, anak jiran umah sebelah kerr.... tak kisah laaa....(asalkan ada budak kecik)....;)yg tak kawen lg pun leh join....best tak???

:: DONE ::


6) apa lagi yg perlu ada dlm entry korang????
nama anda & pasangan....

Noor Afzan & Mohd Shah

:: DONE ::

nama baby & umur....
Muhammad Irfan Hazim & 7 Bulan

:: DONE ::


bila foto nie diambil & di mana....
Gambar ni diambil masa kat hospital, hari pertama irfan keluar dari perut umi hehehe....

:: DONE ::


kenapa pilih foto nie erk.....
kerana, setiap kali nur tengok gambar ni, membuatkan nur rasa sungguh bersyukur ,terharu dan bahagia sangat kerana di beri peluang untuk menjadi seseorang yang lengkap, menjadi umi & isteri dalam satu masa, detik2 manis yang selama ni nur & suami nanti-nantikan dari pertama kali kami bertemu.
:: DONE ::

7) lastly, tinggalkan komen anda semua di entry saya berserta nama penuh, email & link korang utk saya view entry yg korang buat tue....senang jer kan...

:: DONE ::


8) tarikh tutup : 15 ogos 2009 (19 ogos 2009 pengumuman pemenang)....3 pemenang akan dipilih berdasarkan syarat2 mencukupi, foto & story yg menarik akan menjadi pemenang...jika mendapat sambutan yg menggalakkan...hadiah & pemenang akan ditambah....
:: DONE (masih layak hehehe) ::


9) nak tahu hadiah2 nya???..akan di update kemudian....(hadiah terdiri drpd barangan wanita,barangan baby & aksesori kereta)

MARI LAH BERAMAI2 MEMERIAHKAN CONTEST NIEE MySpace


www.tips-fb.com

:: Hujung Minggu Bersama Cik tie ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:21 PM 2 comments
Saye dah beso hehehe MySpace

Hari yang Ceria ..... MySpacecik tie balik cuti jumpe irfan ..... terus tak layan umi & ayah yeeeee .......... tengok tu makan pun nak ngan cik tie jer ...... umi bagi tak nak ...... ok gak leh la umi & ayah makan ngan aman hihihihi MySpace
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE