Sebelum nie umi ada buat satu n3 ttg adik hana.... klik tuk n3 hana .... so umi ade send email tuk ibu hana... sampaikan rasa simpati umi pada situasi yg dialaminya.... umi just nak kongsi ttg perkembangan hana dr email ibu hana...
****************************************************
Wsalam.
Terlebih dahulu akak nk ucapkan terima kasih pada nur kerana sudi membaca kisah Hana. Terima kasih sekali lg akak ucapkan kerana nur memskkan kisah Hana dlm blog nur. Mudah2an ramailah yg simpati pada Hana dan mendoakan yg terbaik utknya. Kami menetap di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek, Melaka.
Perkembangan terbaru, Hana masih belum boleh menghisap dan menelan. Kudrat Hana belum kuat utk itu. Sebenarnya itulah yang paling akak harapkan agar HAna blh menghisap & menelan. Tapi masih belum Allah izinkan. Tangan Hana agak aktif bergerak, kaki kanan masih bersimen,kaki kiri kurang bergerak. Mata Hana masih tiada tumpuan. Jika berjaga mata Hana akan terbuka tanpa kelip2. Mungkin kerana urat sarafnya tegang. Buat pengetahuan nur, akak mengambil cuti 2bln untuk menjaga Hana dengan harapan puteri kesayangan akak akan beransur sihat. Banyak masa akak luangkan bersama. Mungkin ini ujian agar kami menjadi lebih erat. Betapa akak menjaga Hana ketika dalam kandungan. Sehari pun akak tidak lupa memakan pil2 yang doktor bekalkan. Seawal kandungan 3 bln akak mengambil folic acid agar otak bayi saya berkembang baik. Susu anmum, air soya, buah-buahan...segalanya akak ambil bagi memastikan kandungan akak sihat. Tapi...kami diuji di saat akhir. Baru akak sedar bahawa ada kuasa yang maha Berkuasa. Dia boleh merubah sesuatu dalam sekelip mata. Kun fa ya kun..
Akak tidak putus-putus berdoa kepadaNya. Kadang-kala akak rasakan diri akak tidak sempurna dan layak untuk mendapat nikmatNya. Oleh yang demikian, akak mohon bantuan kalian. Manalah tahu jika ada di antaranya doa dari orang2 yang rapat dengan Allah. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa akak iaitu ibu kepada zuriat yang tidak ternilai harganya pada akak.
Email yg akak hantarkan sebenrnya utk meminta pembaca melakukan solat hajat, baca al-Fatihah...Tapi seandainya sumbangan yg diberikan, akak terima dengan hati terbuka. Terus terang akak katakan kos rawatan utk Hana tidak terkira. Medikal dah menyatakan kerosakan otak tiada ubatnya. Akak rawat Hana dgn cara alternatif. Ke sana sini akak pergi utk berubat dgn harapan puteri kesayangan akak blh membesar seperti kanak2 sempurna. JIka ada sumbangan untuk meringankan beban akak, bolehlah guna nombor akaun di bawah ini. Insyaallah, akan akak gunakan sepenuhnya untuk manfaat Hana. Jasa dan budi baik nur dan rakan2 hanya Allah yg layak membalas. Akak merayu sekali lagi agar teruskan berdoa agar kerosakan otak Hana dipulihkan, dijauhkan dari kecacatan dan Hana boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin.
Kepada yg ingin membantu dipersilakan....
Rohaiza Ishak
Maybank : 154053329345
Hari ini hari nya..ntah esok lusa hari kita pulak kan..moga pn hana tabah dn ramai yg sudi tampil membantu! ^_^
ReplyDeleteamin.... nak bantu banyak kita pun bukan org senang... tapi kalau setiap org sikit... mesti jdnya banyak kan????....
ReplyDelete