Ni Tuan Hj Tamsir b. Hamid, Ayahanda ku yang ku sanjung tinggi...
Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu.. Di samping itu ada juga pihak yang menyarankan untuk tidak menyambut hari bapa ataupun hari ibu ini. Walaupun begitu ada juga pihak yang mengambungkan sambutan kedua-dua hari ini dan mengingatkan bahawa ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun.Bagi aku hari bapa dan hari ibu sama macam sambutan hari kekasih jugak..tak perlu nak sambut pada hari2 tertentu saja,kite patut mengenang mereka, menghargai mereka setiap hari, setiap saat, bukan untuk hari2 tertentu saja....
Tapi hari ni aku rase nak menulis sesuatu khas untuk bapa aku yang ku panggil Baba.. Nama baba Hj Tamsir B. Hamid.Umur baba sekarang 50 tahun. Patutnya sekarang dalam usia beliau begini, dia hanya duduk dirumah bermain2 dengan cucu2, tapi bagi baba. Dia masih muda dah kuat untuk berkerja..ya, baba memang nampak muda dan kuat, perniagaannya pun Alhamdulillah cukup tuk menampung keluarga dan masih mampu mengumpul kebun, tanah tuk anak cucunya,
Aku sayang baba, walaupun susah sangat nak tunjuk kasih sayang aku ni...huhuhuhu..kalau leh aku nak baba duduk rumah je, tak payah susah2 keje lagi... nak juga aku sampaikan jutaan terima kasih kerana tidak kenal arti jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar pada aku hingga kini aku telah pun bersuami dan suami ku juga bergelar bapa untuk anakku....
Hari ni aku rase cam nak wat puisi khas untuk baba..tapi aku tak reti..aku bukan student sastera ..mase orang lain belajar sastera,wat puisi itu ini....kalau la dulu aku berpeluang masuk sekolah yg ada class sastera, tentu sekarang aku mampu nk wat puisi yang syahdu2 untuk baba..hehehehe...Ahhhh......kasih sayang seorang anak bukan dikira dari kesyahduan sesebuah puisi itu...kasih sayang terletak pada hari..huhuhu..baba..Akak sayang baba, Akak doakan baba sihat, bahagia dan ceria setiap hari..semoga panjang umur..Akak harap baba akan ade dengan Akak sampai Akak tua nanti..Akak nak baba tengok anak2 Akak membesar..Amin...
Selamat hari bapa untuk abah...
0 comments:
Post a Comment