Thursday, June 2, 2011

Meninggal kerana tersedak susu

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:52 AM
Assalamualaikum....
Mood Time Ni: sedih
Sumber...: myMetro 2jun2011

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di sebuah rumah pengasuhnya di Ukay Perdana, Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa tidur dalam sebuah bilik sebelum dikejutkan untuk diberi minum susu oleh pengasuhnya.


Sumber berkata, sebaik mengejutkan mangsa, pengasuhnya pergi ke dapur kira-kira 10 minit untuk membuat susu sebelum menyedari muka mangsa pucat.

Difahamkan, ibu bapa bayi itu yang bekerja menghantar anak sulungnya itu setiap pagi ke rumah pengasuhnya berhampiran rumah mereka dan akan mengambil semula selepas tamat waktu kerja.


“Terkejut melihat muka bayi yang pucat dan kebiruan, wanita berusia 40-an itu cuba mengejutkan semula bayi terbabit, namun tiada tindak balas.


“Berikutan itu, wanita terbabit yang bimbang keadaan bayi perempuan itu segera menghantarnya ke hospital berhampiran,” katanya.

Menurutnya, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tersedak susu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.


Usaha Harian Metro untuk menemubual ahli keluarga mangsa bagaimanapun tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.


Mayat mangsa dituntut ibu bapanya kira-kira jam 7 malam sebelum jenazahnya dibawa ke surau berhampiran untuk disembahyangkan dan dikebumikan.


Al-Fatihah tuk arwah.... dah banyak kes bayi tersedak susu sekarang nie... seram sejuk baca artikal2 cam nie...

Kepada yg ada petua supaya bayi tak tersedak susu... meh la berkongsi.... semoga berguna tuk kita semua..




Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

10 comments:

  1. sejak akhir2 selalu sgt dgr berita bayi tersedak susu....sedih kan....

    al-fatihah...

    ReplyDelete
  2. al fatihah tuk arwah

    mcm2 kes dh berlaku..seram sejuk bile dgr...

    ReplyDelete
  3. mmg sedih semoga kita dpt buat yg terbaik tuk ank2 kita...

    ReplyDelete
  4. Sedih bila dengar kisah ni.Tapi takpe, arwah dah dapat jaminan syurga. Bagi kita yang masih hidup, berhati-hatilah selalu. Ummi pun takut gak kalau anak ummi tersedak susu.

    al-fatihah.

    Anyway.. jom join contest ni..


    http://oyatyaza.blogspot.com/2011/05/1st-blog-anniversary-contest.html

    ReplyDelete
  5. nak kongsi tips....

    kalau leh tidokan bby mengiring.. bby ni ada yg suka simpan susu or susu yg diminum tak abis ditelan masih berbaki lam mulut then depa tertidoq.... bila kita tidokan anak secara mengiring atau meniarap insya'allah dia takkan tersedak...

    anak sy dulu sementara nak umur setahun mmg saya selalu tidurkan mengiring sebab dia kerap tersedak air liur....

    sharing is caring...

    ReplyDelete
  6. memang takot awe dengan kes macam ni sebab awe selalu jaga anak buah...dan bagi dia minum susu selamat pengalaman rakan2 dan tunjuk ajar mummy dia buatkan awe pandai bagi budak menyusu botol :)

    ReplyDelete
  7. ya Allah.. kesiannya lah dkt parent budak tu.. byk betul kes macam ni... risau kalau nak bg pengasuh jaga ank kita.. alhmdulillah jugakla saya jaga anak sendiri & menyusu badan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE