Friday, January 29, 2010

Geng Blogger !!!!!!

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 7:53 PM 1 comments

Assalamualaikum semua ....

N3 kali nie umi nak cite ttg Geng Blogger yg bary je umi join ...
So .... umi nak la tahu kalau2 ade kawan2 yg dh join Geng Blogger nie ...
Banyak info yg leh kita kongsi kat Geng Blogger nie ...
Ramai kawan pun ye ....
Tapi ..... huhuhu ... umi lum teror lagik la ...
Mana la tahu umi leh dapat sifu ttg Geng Blogger nie ... ehehehehe ... ( jgn mare ha)

Ape pun byk info dr kawan2 leh kite kongsi kat Geng Blogger ...

Sori la huhuhu umi nie tak pandai nak cite panjang lebar ...



www.tips-fb.com

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:35 PM 1 comments
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
www.tips-fb.com

Tuesday, January 26, 2010

injek 3 serangkai

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:15 AM 8 comments
alhamdulillah.... walaupun terlewat sebulan tapi namum masih lum terlambat tuk injek 3 serangkai setahun nie...
keterlewatan nie disebabkan keadaan kesihatan irfan sendiri ... doc kate kalu ank tak sihat or demam tak bo injek huhuhuhu ...
pas injek nie... lege sikit ... & irfan tak demam lepas diinjet ...
cuma nangis ja je kat klinik....
tu baru hero umi hehehehe ...
www.tips-fb.com

Monday, January 25, 2010

PERKEMBANGAN IRFAN ...

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:40 AM 8 comments
irfan ... irfa. .... irfan ... umi tak akan ketandusan idea tuk cite ttg irfan hehehehe .... harap teman2 pun tak bosan membaca & mengomen hehehehe...
Perkembangan terbaru irfan .....

La ni i ....

-Irfan dah pandai berjalan ngan lajunye ....
-irfan pantang nampak bola kat kedai or shoping mall...
-irfan dah kenal setiap barang permainan dia ...
-irfan dah pandai sebut ayah ngan jelas ( umi lum lagik huhuhu )...
-irfan dah pandai sebut dah dah dah ...
-irfan dah pandai subut nanananana ( time menyanyi ) ...
-irfan dah ade gigi sebatang di atas hehehehe ...
-irfan pandai senyum tuk tunjuk gigi dia hikhikhik ...
-irfan dah pandai salam & cium tangan ....
-irfan pandai senyum sinis huhuhuhu ...
-irfan akan subut mamam mamam tuk susu ....
Cukup la tuk n3 kali nie ...
next enty umi sambung ye ...
sORI LA PIC LAMA .... HUHUHU... CAMERA LUM ADE...
www.tips-fb.com

Saturday, January 23, 2010

AL-FATIHAH .. SULTAN JOHOR MANGKAT

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:46 AM 3 comments


JENAZAH Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar dari Hospital Pakar Puteri, semalam.

Rakyat berkabung 7 hari; Semua majlis rasmi dibatal; Pemasyhuran sultan baru hari ini


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

Menurutnya, bagi wanita melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala wanita yang bukan islam memakai lilitan kain hitam selebar 3 inci pada lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

www.tips-fb.com

Wednesday, January 20, 2010

PIC TERBARU IRFAN ?????

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:31 PM 7 comments
memula umi nak nangis dulu MySpace hwaaaaaa MySpace kenapa nangis ?????
sebab ...
camera yang selalu ade dlm beg umi dah rosak ....
so
MySpace la nie tak dpt la umi upload pic irfan yg sedang asyik berjalan sob sob sob ...
Nak kene pujuk hubby lak .... mana tahu dpt yg baru
MySpace hehehhehe ... baru la ceria sikit blog irfan nie ... kalu tak de pic cam suram je kan????? MySpace ....
harap2 ayah irfan cepat belikan camera tuk umi ..... teruje sgt nak snap pic irfan ....
doakan ye kawan2 ... hehehehe .... MySpace
www.tips-fb.com

Monday, January 18, 2010

sape pernah gi langkawi????

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:18 PM 11 comments
salam semua.....
actually tajuk tu ditujukan tuk sesape je yg pernah gi langkawi ... nur & family bercadang nak gi holiday 2010 nie ... so tempat yg we all nak gi adalah LANGKAWI ... cuti2 malaysia la kiranya ... so sebelum tu nur nak la survey tpt2 yg menarik and akan menyesal kalu we all tak gi ... kalu ade sape2 tahu nak masuk tpt2 tu lagi best hehehehe ..... leh budjet wit shopping lebih sikit hikhikhik ...
nur jenis yg suke rancang perjalanan ... tak suke jln main redah huhuhuhu ... byk buang masa ... rugi ... dah la susah nak cuti .... nak pujuk hubby kuar wit lebih lagik hehehhe ...
so ... kengkawan,
ade sape2 pernah gi langkawi ?
cite la sikit or ade petua2 yg leh nur ikut ...
Yg nur sedang survey adalah ....
* tpt penginapan/homestay
* transpot
* tpt2 yg menarik & price
* airasia or firefly
so far semua nie nur survey online je ... cz last nur gi langkawi umur 6thn huhuhu ... dh lupe ...
apepun time kasih yg sudi kongsi ...
www.tips-fb.com

EYE ON MELAKA

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:03 PM 6 comments

Sebelum wee all ke eye on melaka ..... we all gi makan kat restoran terapung .... makanannya bo la tahan n tak la mahal sgt .... yg penting kenyang .... huhuhu abis la diet ku .... so layan la pic2 yg sempat di snap ....
sepanjang jln irfan tido sampai la umi abis mkn hehehhe .... bangun tido je makanan semua dh abis huhuhuhu ... tapi irfan dpt minum air umi carrot susu yg sedap .... dr dlm perut sampai la ni kegemaran irfan carrot susu ....
abis je mkn we all berposing la kt restroran terapung nie... cantik pemandangan n deko yg dibuat ...
*******************************************************
tepat kul 11.30 we all sampai ke tapak eye on melaka nie.... and we all penumpang yg terakhir ... dpt la 5 kali pusingan ...
www.tips-fb.com

Friday, January 15, 2010

MENARA TAMING SARI

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 4:13 PM 4 comments
area melaka nie... mmg byk yg antik2 ... dlm we all jalan2 terjumpe satu pakcik nie tengah berehat ngan motor antik dia.... dalam pakcik tu leka berbual ngan tok bah ... irfan & umi amik la pic hehehehe ...
meh tengok irfan di dlm menara taming sari ... you all tahu irfan tak gayat pun hikhik ... mulut dia la yg paling bising dlm tu ... semua dia tunjuk ...


rasanya satu masa dulu kat melaka nie ade kws tuk naik kereta lembu nie... tapi kali nie tak jumpe lak ... yg jumpe kereta patung lembu ... yg penting irfan dpt naik lembu hehehehe ..

www.tips-fb.com

Thursday, January 14, 2010

KASIH AYAH !!!!

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:26 PM 3 comments
kali nie .... umi nak buat n3 khas buat ayah irfan ....
irfan mmg lebih rapat ngan ayah dr umi ...
buktinya ...
- irfan akan ikut kemana je ayah pegi.
- nak berkepit je kalu kat umah.
- kalu sakit lebih suke ayah yg jaga.
- irfan diam dr nangis kalu ayah yg bersuara.
- irfan akan marah kalu ayah tido n tak main ngan dia.
termasuk ari nie dah 2 mlm irfan tak lena tido .... asyik merenggek jer ... mungkin sbb nak tumbuh gigi, berserta selseme n sakit tekak cz tido jap bangun nangis ...
yg berjaga mlm menjaga irfan adalah ayah .... umi akan ganti kalu ayah dh sgt2 ngantuk.
tapi selalunya ayah tak akan tido selagi irfan tak selesa tido walaupun umi dh bangun ganti .... apapun tetap kene tido ... sok keje ...
dah 2 hari ayah kuar gi keje kul 12tghr... nasib baik la waktu keje ayah nie flexsible ...
kengkadang umi terharu sgt tengok kasih sayang ayah terhadap irfan ... cz biasanya budak2 takut ngan ayah... cam tak percaya ayah bo wat ape je tuk irfan.... jap lagi ayah balik nak bawa irfan gi klinik ... takut melarat pulak...
umi harap irfan tak akan lupe setiap pengorbanan yg ayah buat tuk irfan....
www.tips-fb.com

Wednesday, January 13, 2010

melaka de'tour part 2

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:57 PM 2 comments
you all mesti heran nape ayah irfan tak de kan????
actually ayah irfan tak ikut cz ade keje yg tak dpt dielakkan ....
apapun we all have fun ... next time umi akan pastikan ayah irfan join ...
www.tips-fb.com

Tuesday, January 12, 2010

melaka de'tour part 1

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:16 PM 2 comments
Salam semua...
maaf la cz lambat upload pic holiday gi melaka kemarin ...
banyak tul halangan .... kamera rosak ... komputer buat hal ... kesihatan terjejas ....
tapi la nie semua dh diselesaikan oleh ayah irfan ...

OH MY HERO ... semua ayah irfan buat sendiri ..

ok la tak nak berceloteh byk meh cuci mata ngan pic yg sempat nur snap pada hari pertama ...

singgah umah kawan mak ngah .... kat tangkak ... dijemput mkn tengahari kat sana hehehehe ... tq ye tuan rumah .. lauknya semua sedap2 belaka...

check in kat hotel hallmark ... harga bo la tahan semalam hanya rm 170 je tuk family room .. ade 2 katil ... irfan ape lagi tak duduk diam dlm bilik hotel tu ... pas nie kita org nak gi kt kapal beso tu ... hehehe

nie je la yee tuk part 1 .... sok umi sambung lagik ye... part 2 nanti irfan naik taming sari ....

www.tips-fb.com

Wednesday, January 6, 2010

DANARAYA.COM BERBALOI-BALOI

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 6:07 PM 1 comments
Salam sayang tuk semua geng2 blogger ....
Nur nak ajak sesape je yg nak cuba menambah pendapatan sampingan....
ada jaminan wang dikenbalikan tau ...
tak perlu risau ape2 cz tak akan ade kes wit acc kita ilang ...
cuma bagi acc no tuk org masukkan duit ...
Tak rugi mencuba ...
Pikir2kan lah ...... Meh baca dulu ...


PELANCARAN SEMULA PADA 1/1/2010
IMPIAN ANDA PASTI MENJADI
KENYATAAN !!!!
Jadilah Reseller Produk Danaraya.com, pelancaran sempena tahun baru, jadikan tahun 2010 ini paling bermakna buat anda !!!!


Ciri-ciri Hebat Danaraya.com
  • -Hanya RM 5.00, Sesiapa pun mampu
  • -100% komisyen milik anda
  • -Tanpa melalui akaun bank Admin
  • -Terima SMS duit dah masuk!!!!


    Klik dafter & isi semua maklumat, pastikan semua maklumat lengkap& benar.

    Login ke member area & buat bayaran kpd sponser anda.


    Promosikan link url web anda & mula menjana pendapatan terus ke akaun bank anda.
www.tips-fb.com

Tuesday, January 5, 2010

MAJLIS FIRST BESDAY IRFAN

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:36 PM 10 comments
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG ....
UMI & AYAH SAAAAAYANG SGT2 KAT IRFAN ...
SEMOGA IRFAN MEMBESAR NGAN DIDIKAN YG SEMPURNA DR AYAH & UMI ...

KEK TEMA BEN 10 ... MASA TUK JADI HERO HEHEHEHE


DPT ADIAH DR MAKCIK2 IRFAN ...

MESKIPUN MAJLIS SEDERHANA NAMUN UMI HARAP IRFAN BERPUAS HATI ...
MAJLIS DIHADIRI OLEH NENEK2 & ATUK2 IRFAN, JIRAN TETANGGA, & KELUARGA TERDEKAT JER ...
IRFAN MMG RAMAI NENEK&ATUK CZ ADIK BRADIK NENEK ADA 12 HEHEHE .. ATUK PALING MUDA BARU 23THN ...
INSYAALLAH THN DPN KITA SAMBUT BESDAY IRFAN KT UMAH SENDIRI YER SAYANG ...
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE