Thursday, April 28, 2011

9 Cara Rawat Selulit

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 2:20 PM
Assalamualaikum semua....

n3 kali ni info tuk umi sendiri dan tuk mereka yg rasa nie penting... hehehe

Selain dari tubuh yg berisi @ gemuk, selulit adalah antara satu lagi situasi yang paling tidak digemari wanita. Yg lebih mengejutkan 90% wanita dewasa memiliki selulit..

Selulit sesekali berkaitan ngan obesiti. walaupun sukar tuk menghindarinya, namun masih dapat cara tuk mengurangkan selulit..

1. Banyak minum air - minumlah air 6-8 gelas sehari bg menyingkirkan setiap lebihan natirum yg menyebabkan kehilangan cairan di dlm tubuh. Jika bosan ngan air putih cuba la teh herba @ jus buah. kadar cairan yg tinggi menjadikan kulit lebih lembut.

2. Olahraga - Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda. jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersam latihan untuk otot kaki is dpt membantu mengurangi selulit.

3. Gosok tubuh - Menggosok kulit dpt membantu membuang sel2 kulit mati, merangsang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda. Hal ini dpt membantu mengurangkan selulit. tuk hasil terbaik gosok badan anda 2 kali sehari setiap kali mandi.

4. Lembabkan kulit - Krim tuk selulit sedah banyak dipasaran. bg memperoleh hasil yg lebih maksimum, amalkan olahraga serta makan dan minum yg sihat. gunakan pelembab kulit 2 kali sehari dpt membantu kulit lebih mulus dan elastik. amalkan setiap hari.

5. Perbanyakkan asid lemak perlu - Asid lemak perlu dpt membantu memperkuat jaringan sekitar lemak sehingga membantu mengurangi selulit. makanan g kaya dgn asid lemak ini dpt membantu mengurangkan sel2 lemak. antara makanan yg mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun, minyak ikan, minyak biji beri hitam dan sebagainya.

6. Banyaakkan makanan berprotein - Protein dpt membantu kerna is mengandungi albumin yg membantu menyerap lebihan cairan. Cuba makan 3 hidangan ikan, kacang-kekacangan dan biji-bijian setiap hari bg mendapatkan hasil terbaik mengurangi selulit.

7. Urutan - dengan urutan dapat mengurangkan stress, meningkatkan perjalanan darah dan tak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.

8. Kurangi Stress - Stress menyebabkan perubahan hormon yg dpt mempengaruhi kulit. kortisol merupakan hormon stress yg bo menyebabkan kulit semakin menipis dan meningkatkan penyimpanan lemak. malah, ia juga melambatkan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan kulit sihat.

9. Berhenti merokok - Mahu hilangkan selulit? cuba berhenti merokok. selain dpt membantu mengurangkan selulit dpt juga menhilangkan tabiat buruk ini. tabiat merokok sebenarnya memburukkan selulit yg terdapat pd kulit kerana is menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan keadaan kulit.

info: majalah wanita


Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE