Monday, May 21, 2012

Doa Bulan Rejab

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:40 AM 1 comments
 Doa Bulan Rejab

Tahukah anda pada MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012...

Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT

sumber : fb ustaz don

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, May 18, 2012

Cara tenangkan fikiran...

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 10:34 AM 0 comments
N3 ni telah pun di jadualkan... mlm je bo update ngan tenang hehehe cz hubby ada..
 
Masing2 ada cara tersendiri tuk tenangkan fikiran yg kian kusut.... huhuhuhu... time kusut tu macam2 rasa timbul... nak nangis pun ada...
Nak dijadikan cerita... nur dr dulu ( single ) rutin kalau tak de kuliah hujung minggu mesti balik kampung... dah jadi satu kemestian... sampai sekarang ni... hujung minggu mesti kat kg... tak kira la kg sendiri or mertua... tetap happy...
stress bekerja nur lebih suka balik kg... daripada gi holiday jauh2....
Rutin dr dulu ari sabtu mesti gi niaga... jual satay hehehe... kalau gi pasr gudang ni wajib bertiga cz sgt2 bz...
Tugas nur adalah kipas satay hahahaha.... dari kul 7 sampai kul 9 kipas tak berenti... nak di pendekkan cerita selagi satay tak abis di bakar... bayangkan la hampir 2000 cucuk dlm 2 jam ... hebat tak hahaha... adik nur lak dia bahagian depan... tukang bungkus yg org dah order... mama lak checkout... kebanyakkan byr ngan mama... cz umi sibuk mengipas... adik sibuk membungkus...
tapi kali ni mama tak ikut so tukar tugas... nur bungkus n kipas... adik casheir dan adik laki mengipas sahaja hehehe
Pic ni diambil time baru pas solat subuh kt pusat bandar... area kul 6.45pagi.. siap susuh posing la jap
Ni hasil niaga kami time ni dah kul 9pagi... time bz tadi tak ingat semua masalah... walaupun bz tapi fikiran n hati kami tenang...
Pic ni diambil thn lepas... mmg susah nak snap pic time niaga cz langsung tak berkesempatan... ni curik2 je hehehe

macammana u all tenangkan fikiran dan hati dari tekanan??????
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, May 17, 2012

Our Dinner... Sederhana

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 9:44 PM 0 comments
N3 paling ringkas ye mlm ni...
Dinner mlm ni hanya sayur peria masak tumis... ikan pari goreng... dan sambal nasi ayam...
kenapa ada sambal nasi ayam?????????????
kerana semalam abg irfan nak makan nasi ayam... so ada la sambal nasi ayam hehehe..

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Jom Mancing ikan Kolam ...

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:10 AM 0 comments
Alhamdulillah... ada gak la kesempatan tuk update blog nie .... kalau tak carik masa bo bersarang blog ni hehehhee...
So apa khabar kawan2 ssemua... walaupun umi sedar la ni tak ramai yg nak singgah .. almaklum la story tak banyak hahaha tak cam mula2 berblog dulu... teruja gitu nak update blog...
La ni sgt2 bz.. walaupun nur ni suri rumah sepenuh masa... tapi ttp bz... aleesya n abg irfan dh cukup buat umi bz hahahaha.. tapi tak pe umi happy... alhamdulillah gak perniagaan sekarang semakin memberangsangkan... tak banyak pun tetap ada rezeki kami sekeluarga...

ok la membebel lak... nak cite mancing ikan kolam nie...
actually we all tak la gi mancing hehehehe.. tak kuasa nak join ayah mancing ngan ank2 yg sgt2 baik... mr hubby nak survey je.. kalau ada ikan besar naik nak la dia join pemancing yg lain...
Oleh kerana ikan kecik yg naik so mr hubby xnak mancing... selamat tarik nafas lega( dlm hati hehehehe)
Abg irfan yg tak reti senyum hahahaha... macam dipaksa senyum lak.. tapi cam tu la kalau irfan senyum kihkihkih...
Aleesya dpt duduk ngan ayah time drive sgt2 la dia suke... tersengeh je sepanjang jalan...
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Friday, May 11, 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 9:09 AM 32 comments
Klik Banner Miss Z nie kalau nak Join


Saya Adalah Anak kelahiran JOHOR BAHRU
Follower Sis : 311 (follow la saya)
 
SAYA NAK TAG...
SESAPA JE YG TERNAMPAK SEGMEN NI YE HEHEHE
JGN SEGAN BUAT YE
 
- Tarikh tutup : 16 mei 2012,11.59 malam
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Umi sayang Mama

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 8:00 AM 0 comments
Selamat Hari ibu tuk semua yg bergelar ibu....

kenapa bukan n3 9 mei ?????
sebabnya... masih kompius ngan sambutan hari ibu sedunia... ada yg mengatakan hari ibu ini sempena meraikan mother yg ada di gereja... huhuhuhu

apapun bagi saya... setiap hari adalah hari ibu... ibu mmg patut diraikan kerana telah berjuang ngan maut melahirkan kita semua...
semoa bersama kita mendapat manfaatnya...

amin
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Thursday, May 10, 2012

GA - JADI CANTIK KEKAL CANTIK DENGAN

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:27 AM 1 comments
NAK JOIN KLIK atas ni ye

Rungsing dengan kulit muka yang bercela? berjeragat? jerawat? parut jerawat? dan masih tercari-cari produk muka yang sesuai dengan anda? Usah bimbang, kini anda boleh memiliki kulit muka yang lebih halus, licin dan gebu dengan Everlynn Skincare...  

EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan. Selamat & Halal digunakan, diluluskan oleh KKM..
Everlynn Skincare didatangkan dengan set lengkap untuk kegunaan harian.. 

 1. Everlynn Skincare Set (trial) 
- sesuai untuk semua jenis kulit. Membantu atasi masalah jerawat, jeragat dan parut jerawat dengan penggunaan yang konsisten.
 2. Everlynn Collagen Serum
- Membantu membaiki tisu kulit dan melindungi daripada cela, embantu meningkatkan keremajaan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan kecil.

3. Everlynn Purifying Treatment Set 
- Khusus untuk kulit berjerawat yang serius

 4. Everlynn Oxygenate Collagen Sheet Mask 
- membantu mengurangkan atau mencegah jerawat
Ramai yang telah menggunakannya dan feedback yang diperolehi amat positif...
Testimoni Pengguna yang telah menggunakan Everlynn Skincare
Testimoni 1 :
 Testimoni 2 :

Untuk maklumat lanjut hubungi:
1. 019-4296 954 (Siti)
Hadiah yang saya nak jika menang adalah 2. Satu botol Everlynn Collagen Serum

Tarikh Tamat : 14/05/2012

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Khasiat Durian Belanda

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 11:08 AM 0 comments
Alhamdulillah ayah mertua ada tanam pokok durian belanda... banyak khasiatnye... meh kita kongsi bersama
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.


Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.


Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

WallahuAlam
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, May 9, 2012

Segmen : Doodle Nama Saya Part 2

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 1:33 PM 3 comments
Teringin lak nak join segmen adik hafizz ni hehehe.. kalau u all nak join klik je banner ye...

Nama korang : Noor Afzan aka umi
Warna : purple

tag:
iryani
intan berlian
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Tuesday, May 8, 2012

Sepagi Di Pasar Tani

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 9:36 AM 0 comments
Seperti biasa.... setiap hujung minggu we all akan balik kampung... ni bestnye kalau kampung dekat hehehe...
perjalanan tak sampai pun 1 jam... tapi kalau byk tempak melencong 2 jam pun tak sampai2 hikhikhik....
Ari ahad nenek n atok abah niaga satay di pasar tani pontian....
so we all pun dtg la kononnye nak la menolong... sampai je... harus la tolong kipas satay dulu hehehe... lepaskan gian kipas satay...
pagi2 aleesya dh mintak air batu.... huhuhuhu ubat batuk nie...
ucu yg sibuk melayan aleesya...
Aleesya buat muka huhuhuhu... suruh senyum gitu lak jadinye
Abg & adik... selalu bersama... adik aleesya ikut je apa yg abg irfan buat..
leesya mintak satay ngan nenek... nak nak nak
rupa2nya aleesya bukan mintak satay.... tapi nak kira wit nenek hehehehehe
Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com

Wednesday, May 2, 2012

Petua Mendidik Anak Menjadi Cemerlang

Hasil Nurkilan NurShahFamily at 3:53 PM 2 comments

Petua Mendidik Anak Menjadi Cemerlang

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik - Apabila bila anak kita dipanggil dengan nama yang tidak baik, atau nama yang baik tetapi beri pula gelaran yang tidak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak-anak.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari - Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada, jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - Ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Ada masa kita perlu marah tetapi janganlah buat muka marah sampai dia gentar untuk menghampiri diri kita.

4. Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Setiap kali kita menghargainya dia akan rasa ingin buat lagi dan ingint lebih baik lagi.

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat kesilapan. Sebenarnya, mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

By: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Semoga kita semua cemerlang dalam mendidik anak2..
Umi sayang anak2 umi...

wassalam

Terima Kasih Yg Sudi Click
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE