Friday, December 31, 2010

Besday ank umi.....

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 7:54 PM 2 comments
Salam sayang tuk semua.....

maaf la byk tuk ank bujang umi..... cz lambat update majlis besday kemarin....
umi sgt2 la busy..... sejak 2 menjak ni cam blur je nak update blog....

Apapun jutaan terima kasih kepada yg sudi datang ke majlis kami yg sederhana nie.... majlis besday irfan nie di gadungkan ngan majlis masuk umah baru sekali hehehe.. ( masih menyewa ye..)

Besday ank bujang umi nie jatuh pada ari sabtu 25 dec 2010....
setelah berbincang... majlis dibuat lewat sehari hehehe ari ahad...

Umi bersyukur sgt cz anak umi la ni dh 2 tahun... and thn depan akan jadi abang... semoga anak umi nie jadi anak dan abang yang soleh dan pandai pelihara keluarga....
meh kita tgk pic2 sepanjang majlis....
Irfan dh pandai posing hahahahaha.... time nie tetamu lum dtg lg so dia kemas bilik sementara umi siapkan hidangan tuk tetamu... irfan ditemani oleh cik epa n cik wawa..
Pembukaan majlis.... ngan bacaan doa semoga kami serasi ngan rumah baru dan kesejahteraan tuk semua.. Aminnnnn
pic atas : attilie pun datang hehehe....
pic bawah : nenek2 irfan berbincang ape la tu hikhikhik.. sambil memangku attilie
Irfan tetap ngan bola...... bola ni adiah dr atuk arif....
Tetamu istimewa dtg dr jauh nie hehehehe.... uncle farid... anty yani dan si comel sofia....
tq ye you all cz stay lama sepanjang majlis hehehe....
Irfan ngan nenek ela .... irfan marah cz nenek nak bawa mak su balik hehehhe....
Menikmati kek besday sendiri di laman umah.... sory ye tak de picture irfan with kek cz irfan lebih bermain di luar dr masuk dlm hehehhe... teruje cz ramai org dtg umah dia...
Pic yg atas tu... adalah keluarga hashim... kawan sekolah umi....
pic yg bawah lak agen umi dr ukm sekeluarga....
pic atas : uncle mican, wife and bb khairin....
pic bawah : uncle bujang n wife zura
mkn ditengah mlm..... time nie semua tetamu dh balik... so umi n irfan menjamu selera hehehehe... suke umi tgk irfan makan .... cz susah nak tgk irfan makan huhuhuhu
nie adalah adiah2 irfan dr semua yg hadir..... jutaan terimakasih tuk hadiahnyer yer....
oh ye thn ni umi & ayah belikan irfan motor bateri yg merah tu hehehhe... so pas ni ptg2 bo la irfan naik motor gi taman yer...
www.tips-fb.com

Saturday, December 25, 2010

Perkembangan Bayi Dari Bulan Ke-8

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 5:02 PM 0 comments
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

www.tips-fb.com

Wednesday, December 22, 2010

KLCC !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 5:02 PM 2 comments
Salam sayang tuk semua.....

lama tul umi tak update blog nie huhuhuhu.... ade jer halangan tuk update.... apepun terima kasih kpd yang masih sudi singgah hehehe... muuuuah....

ahad lepas we all gi kl.... cz nak send cik era sambung blajo kt ukm.... pas daftar we all gi la ke KLCC..... aCTUALLY NI KALI KE2 IRFAN N UMI SAMPAI SINI .... cuma kali ni ade ayah irfan and we all masuk aquaria....
meh tengok gelagat we all kt KLCC...
cik era... mak long... melambai org kg hehehe
umi syok sendiri hahahaha
pelakon utama : ayah irfan, irfan, umi, cik era, cik tie and baby ayu...
UMI DAN KLCC ...

www.tips-fb.com

Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan Bayi Dari Bulan Ke-7

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 2:59 PM 0 comments
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE