Sunday, February 27, 2011

HARI TERAKHIR....

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:44 AM 1 comments
SALAM SEMUA...
HARI NI ADALAH HARI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH DOC TUK MELAHIRKAN ANAK UMI....
TEMUJANJI KUL 7PAGI.... ABG IRFAN MASIH LAGI TIDO DITEMANI MAK SU.....
TAPI MASIH SEMPAT AMIK PIC NAK ILANGKAN RASA GEMENTAR....
YE LA KAN... KALI NI HARAP DAPAT BERSALIN NORMAL....


www.tips-fb.com

Saturday, February 26, 2011

ESOK PAGI MASUK LABOR ROOM

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:29 PM 4 comments
aSSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN2,

N3 kali ni saje nak ilangkan rasa gelisah tuk esok..... sok 27 feb 2011 bermakna umi dah pun 40minggu mengandungkan adik irfan....

minggu lepas doc check baru bukak 1cm tapi rahim lum cukup masak (lembut) so doc bagi lagi 3 hari lagi tuk melahirkan....

Tarikh yg ditetapkan adalah 27 feb 2011....

sok pagi2 lagi dh kene ade kt hospital... sebelum kul 7 dh kene ade kt sana... petang tadi ade nurse call inform ttg temujanji esok pagi and suruh serapan dulu sebelum dtg...

makin la rasa gementarnyer huhuhuhu... namun diselang ngan rasa bahagia cz ank umi akan keluar sok....

kenapa umi gementar?????????
cz irfan dulu c-zer... so umi lum pernah rasa bersalin normal.... harap2 umi dapat menghadapi ape je kemungkinan...

Doa dr kawan2 amat la umi harapkan... semoga segala proses berjalan lancar seperti yg di harapkan...

Satu lagi....
nur nak mohon ampun & maaf kepada sesape je yg pernah tersinggung ngan kata2 nur dlm blog nie huhuhuhu...
maklum la nur tulis ape yg nur rasa jer...
dan
halalkan makan minum nur selama kita kenal ye ...

DOAKAN NUR YE SEMUA...
www.tips-fb.com

Friday, February 18, 2011

layang-layang.....

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 5:29 PM 1 comments
Salam semua......
lama tuk tak update blog ni... naik bersawang pun ye huhhuhu....
n3 kali ni nak cite je aktiviti terbaru nurshahfamily hehehehe...
la ni setiap ptg we all gi taman main layang2....

hari pertama tenngok je org main hehehehe......

irfan pun bersuara tengok je ke hehehehehe.... dr pandanag mata je umi tahu irfan nak ckp cam tu hikhikhik
hari ke2.....
we all beli layang2 kt jusco ..... kecik je tuk irfan la kononnyer....

sedang mencuba naikkan layang2 tuk pertama kalinyer heehhehe... we all ni tak pernah main layang2...

hari ke3....
beli layang yg besar lagi kt taman tu gak hehehe rm25 je
umi n irfan pun main gak hehehhe... syok jugak

posing ngan adik irfan hikhikhik..... best la dia ptg2 je dpt jalan kt taman...
irfan n ayah layan layang2 yg terbang tinggi
www.tips-fb.com

Thursday, February 3, 2011

Teknik Penyusuan Bayi

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:53 PM 0 comments
* Posisi penyusuan yang baik*
Menyusu dalam posisi yang salah boleh menyakitkan anda dan juga mengecewakan bayi. Berikut
adalah cara yang betul:

* Sentuh bibir bayi dengan hujung putingsehingga dia membuka mulutnya.
* Biarkan dia membuka luas mulutnya untuk memenuhi sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat).
* Gerakan rahang dan bunyi tegukan memastikan yang bayi menyusu dalam posisi yang betul.
* Selepas menyusu, masukkan hujung jari kelingking anda di hujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan.

*Refleks ‘let-down’ atau pancutan susu*
Refleks ‘let-down’ adalah rasa berdenyut yang menandakan aliran hangat susu sebaik sahaja bayi telah berada pada posisi penyusuan yang betul. Jika anda tidak mengalami rasa ini, ia mungkin disebabkan oleh gangguan, tiada ruang untuk bersendirian, rasa malu atau cemas tentang penyusuan susu ibu, letih atau sakit.

*Pilih posisi yang selesa*
Dapatkan posisi yang membuat anda dan bayi rasa selesa. Tubuh bayi haruslah rapat ke anda dan mukanya bertemu dengan payudara anda. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlulah dalam keadaan lurus. Belakang badan anda juga perlulah tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar, jika perlu.

1. Posisi dakapan Ini merupakan posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut anda bertemu supaya anda tidak perlu memusingkan kepalanya untuk menyusu. Kepala bayi berehat di dalam dakapan anda. • Sokong belakang badan dan punggung bayi. • Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

2. Posisi ‘football hold’ Posisi ini sangat sesuai jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak. • Sokong kepala bayi dengan tangan. • Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan anda.

3. Posisi berbaring Cuba posisi ini apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. • Sokong kepala anda dengan lengan. • Sokong bayi anda dengan lengan atas.

*Beralih payudara*
Jika boleh, berikan bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara pada setiap kali menyusu. Susukan bayi pada satu payudara sehingga dia berhenti menghisap. Angkat bayi, sendawakannya dan alihkannya ke payudara sebelah dan teruskan menyusu sehingga dia kenyang. Untuk penyusuan yang berikutnya, mulakan pada payudara yang terasa sarat dengan susu.

*Sendawakan bayi*
Sendawakan bayi setiap kali selesai penyusuan. Dia mungkin termuntah susu, jadi pastikan anda menyediakan tuala. Jika dia tidak sendawa selepas 30 saat, dia mungkin tidak perlu disendawakan.
• Letakkan bayi di bahu anda.
• Gosok atau tepuk perlahan belakang badannya.

*Maklumat Sampingan berkaitan teknik penyusuan*
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
  • Sokong kepala bayi dengan lengan, manakala muka bayi menghadap ke hadapan dan muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu
  • Bayi rapat dengan ibu(perut bertemu perut). Punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
  • Letakkan kepala bayi, tubuh dan kaki dalam keadaan lurus, kepala bayi diangkat tinggi sedikit.
  • Gunakan bantal atau silangkan kaki anda untuk menaikkan kepala bayi ke payu dara
  • Bayi seharusnya menghisap seluruh bahagian kawasan puting.
  • Cara memegang payudara adalah dengan Pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara memengang yang salah adalah Pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting
  • Cara yang betul menyusukan bayi *Sentuh bibir bayi, *tunggu mulutnya terbuka luas *gerakkan badan bayi ke arah payudara *pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola) *pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara
  • Cara pelekapan yang betul *mulut bayi terbuka luas *dagunya mencecah payudara *bibir melekup keluar *pipi gelembung *payudara nampak penuh dan bulat *terdengar nada hisapan - hisap -telan-hisap-telan
  • Cara pelekapan yang salah *dagu bayi jauh *tidak banyak areola yang masuk ke dalam mulut bayi *dagu tidak menyentuh payudara *ibu rasa sakit *payudara bolehbengkak dan puting luka
Sumber : www.nutriweb.org.my/downloads/snp_breastfeeding_guide.pdf,
http://mforum.cari.com.my susuibu.com, http://www.mybengkung.com/Teknikmenyusu.html



HARAPAN UMI....
HARAP2 KALI NI DPT LA UMI MENYUSUKAN ADIK IRFAN TUK SATU JANGKA MASA YG LAMA..... AMINNN
www.tips-fb.com

Tuesday, February 1, 2011

Zuraiwan Giveaway I Love Genting

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 4:53 PM 1 comments
lama sungguh rasanyer tak menjoinkan diri dlm mana2 giveaway huhuhuhu.....
kali ni la menjoin.... tengok couple ni sgt la romantik hehehe tu yg rasa nak join hikhikhihk....


Due : 16hb Februari 2011 @ 3.20am

nur_s80@yahoo.com.my
www.tips-fb.com

BERDEBAR - DEBAR

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:11 PM 0 comments
Salam semua,

berdebar - debar rasanyer mananti kelahiran adik irfan nie..... normal or c-zer ek?
huhuhuhu..... sepertinya nak meluahkan sesuatu... tapi tak tertaip lak huuhuhu....
macam2 ade dlm pikiran la nie....

harapan umi cuma supaya semua dapat berjalan ngan lancar..... umi nak anak umi sihat.... umi pun nak cepat sihat hehehee...

yang lum umi beli cuma set bersalin jer.... masih tak tahu nak pakai ape.... time irfan pakai sendayu tinggi 60 hari..... so far ok jer tak de masalah sembelit or ape2.... tapi entah la... tengok la ape yg ayah irfan beli nanti...

harap kawan2 doakan nur ye..... minggu depan ade temujanji lagi ngan doc.... katanyer kalau bb dah ready nak kuar... bo la carik tarikh tuk bersalin .... cz dh 37minggu.....


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE