Friday, July 31, 2009

My Cute Lil Prince and Princes

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:13 PM 0 comments
Tuk pertama kalinya umi join contest tuk buah hati umi ....mama aqish yang anjurkan.....
kali ni untuk Baby Boy & Girl ....
Nak tau ape syarat2nyer???? baca entry seterusnyer....


1. ADD URL Link Mama di blog list @ blog roll anda & Anda diwajibkan menjadi Follower http://damiaqish.blogspot.com/ & link semula url mama pasal contest ni & tepek as a banner di blog masing2....
:: dh add dh & dh jadi follower.. and link pun udah ::


2. Contest ni terbuka untuk semua Baby Boy &Girls yang berumur dari 1 bulan sehingga ke 1-2 tahun.
:: ok , Muhammad Irfan Hazim lahir 25 / 12 /2008.. so leh la join ::

3. Hanya seorang pemenang saja yang akan dipilih, tetapi sekiranya penyertaan amat menggalakkan hadiah mungkin akan ditambah
:: Paham ::


4. Sila upload sekeping gambar saje k....& sertakan sekali dengan nama & tarikh lahir anak anda :: Nama : MUHAMMAD IRFAN HAZIM ::
:: Tarikh lahir : 25 December 2008 ::

5. Sila pastikan entry mengenai contest ini dijadikan sebagai STICKY MODE di blog anda & sape yang paling banyak wat komen kat Blog mama ni (tak kira entry mana pun)akan mempunyai peluang cerah untuk menang (kira advantage la).....
:: Akan ku Komen sebyk2 hehehe ::


6. Bila dah siap, tinggalkan URL link mengenai contest ni beserta nama anda & anak anda di entri ini.....
:: OK ::


7. Kenapa anak anda harus mendapat award MY CUTE LIL PRINCE @ PRINCESS??
:: Award MY CUTE LIL PRINCE actually Irfan dah pun dapat hehehe ( Dari umi & ayah)... Yang pasti irfan umi ni hensem and akan jadi rebutan gadis2 solehah akan dtg, irfan pandai amik hati sesape je yang dia jumpe, mata yg menarik dan lesum pipitnyer yg cute miut, tu yg selalu org cakap la hehehehe::



8. Ape yang anda tahu pasal blog Mama_Aqish? (soalan ini direka bagi menguji peserta sejauh mana dia tau pasal blog mama_aqish ni)
:: Apa yang umi pasti blog mama_aqish ni happening sgt, ceria,n sedap mata membaca. yang penting banyak beritahu tmpt2 yg ada sale ( walaupun umi x dpt pegi jauh), and amat2 bermurah hati tuk menyediakan hadiah yg byk ngan mengadakan bermacm2 contest yg menarik minat umi tuk join::

www.tips-fb.com

:: Hasil Mancing ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:17 AM 1 comments
Ikan Haruan ...... 1 kg ++ ...............
Ini lah habuan tuk umi kerana bagi peluang ayah gi mancing ....... umi n irfan pun leh blk kg awal hikhikhik ....... tapi ikan ni bukan hasil terbaru cz uncle farid dah bela dlm akuarium dia .....huhuhuhu ..... sebelum Haruan ni melompat n merayap dlm umah baik kasi umi makan yum yum .... Umi ni blajo mkm pun time pantang irfan dulu .... ari2 kene mkn Ikan Haruan ni .... rasa dia lebih kurang same je ngan keli @ sembilang ..... Ikan Haruan ni umi masak asam pedas ..... umi sorang jer yg mkn ( nanti irfan teman umi mkn ye ) .... ayah x mo mkn .... pandai pancing ... tak pandai makan.... huhuhu .... tak pasal2 umi kene masakkan ayah lauk lain ....

oh ye ...
mekasih cz siangkan ikan ni tuk umi ye ayah ....
www.tips-fb.com

:: Irfan & kete ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:29 AM 0 comments

Inilah anak kesayangan umi ...... selalu terkeluar dari lingkungan ..... punye la jauh dia bergerak dari tpt asal ... semata2 nak naik kereta dia ..... sebenarnyer ni dah waktu irfan tido .... ngantuk2 pun masih bo kejer kete dia ..... selagi tak dinaikkan, selagi tu la dikepit jer kete ni..huhuhu .... Pandainyer irfan merayu ngan umi yer.....
Akhirnya hehehehehe dapat gak irfan pujuk umi yer...... umi kasi kelonggaran la tuk ank umi mlm ni tapi sekejap jer tau sayang ..... pas ni tido yerrrr...... Umi sayang mohd irfan hazim tau ....


www.tips-fb.com

Thursday, July 30, 2009

:: Umi Happyyyyy Sgt ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 3:30 PM 6 comments
hehehe saje jer umi nak kongsikan rasa senang hati umi ni ...... sejak lepas bersalinkan irfan umi berazam nak pakai kain masa umi bertunang dulu hehehehe MySpace...... (terasa la nak slim semule) Sebab tu la umi berdiet2 sihat tuk pakai kain tu raye ni .......

Mlm td tetiba umi tergerak la nak cuba kalu2 dah bo dipakai cz sebelum ni sarung separuh jeer........ Yang buat umi hapyyy sgt tu ...umi dah bo pakai kain tu horeyyyyy
MySpace .......... nampaknya bo la umi pakai kain tu ngan baju yg baru umi buat hehehehehe .... nak kene gi tukang jahit ni ... ubah saiz baju & kain umi ....MySpace ... yg umi tak pasti berat umi sekarang .... berapa ek agaknyer....MySpace... tu je tuk n3 ni heheh.....
www.tips-fb.com

:: Lelaki ditarik ke neraka oleh wanita ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 1:25 PM 0 comments
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:

1. Ayahnya, Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)


2. Suaminya, Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya, Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya, Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanla h dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.... ..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu..."
www.tips-fb.com

:: Pahala Seorang Wanita Part 2 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:18 AM 0 comments
Pandangan:

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.

Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.


Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?


Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.

Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki, badan,etc... .


Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.


Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Nilai Seorang wanita solehah, Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.


"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".


Ath-Thabrani."Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".


Ibnu-majah."Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.
www.tips-fb.com

:: 14 Pedoman Hidup ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:05 AM 2 comments
Ketahuilah anakku .... Pedoman Hidup adalah petunjuk dan panduan untuk kita menghargai, menghormati dan menghargai diri sendiri serta saling menyayangi insan2 yang berada di sekeliling kita .......

Musuh Utama manusia adalah dirinya sendiri......

Kegagalan utama manusia adalah kesombongan .......

Kebodohan utama manusia adalah sifatnya yang penipu dan munafik ......

Kesedihan utama manusia adalah sifat iri hati .....

Kesalahan utama manusia adalah mengabaikan dirinya sendiri .......

Dosa utama manusia adalah menipu dirinya sendiri ......

Sifat utama manusia yang menyedihkan adalah perasaan rendah diri ...

Sifat manusia yang terpuji adalah semangat dan keuletannya ......

Kehancuran besar adalah rasa putus asa .......

Harta utama manusia adalah kesehatannya ............

Hutang terbesar manusia adalah hutang budi .........

Hadiah utama manusia adalah berlapang dada dan pemaaf ...........

Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh kesah dan tidak bijaksana ........

Ketentraman dan kedamaian utama manusia adalah berdana dan beramal ......
Renung - renungkan lah ...... Wahai anakku ...
www.tips-fb.com

Wednesday, July 29, 2009

:: Keistimewaan Sya'aban Part 3 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 5:40 PM 0 comments
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN:
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa,
Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL.
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA.
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.
Membaca Al-Qur'an.
Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu)
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.
Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)
Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.)
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
P E R H A T I A NBERALMALLAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.
Terima ksih kerana sudi membaca.
WASSALAM.............
www.tips-fb.com

:: Mari Memancing Part 1 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:36 PM 5 comments

Salah satu hobi ayah ni selain bercucuk tanam ialah memancing ...... selalunye ayah gi mncing ngan uncle eyed ..... mcm2 tempat ayah gi ... pantang nampak tpt leh mancing, rasanya nak berenti mancing jer ....
Oleh kerana umi ni tak berapa nak minat memancing .... so tak pernah la umi ikut aktiviti ayah ni.... tapi ayah tak boleh la selalu sgt mancing ye tak ipan????
ayah selalunya mancing time umi balik kg jer ..... so tak de la yg tepon tanye bila nk balik hheheheheh.....
Meh la jenguk blog.... ayah.com ... byk lagi info mancing ...
www.tips-fb.com

:: Pahala Seorang Wanita Part 1 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:17 AM 4 comments
Umi bersyukur sangat dikurniakan anak yang bijak, dengar kata, dan sungguh menyenangkan hati umi dan ayah... oleh kerana anak umi baik maka dapat la umi membaca dengan tenang sambil menghayati maksud sirat dan tersuratnya...... Umi sentiasa berdoa agar semua lelaki dimuka bumi ini lebih menghargai wanita ( nenek, umi, isteri, adik dan kakak ). dan semoga semua wanita bersyukur di atas kelebihan yg telah diberikan Oleh-Nya.
Diantaranya, mari kita sama2 renungkan :
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.
Wassalam ..............
www.tips-fb.com

:: Umi Sedih Sgt ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:00 AM 6 comments
Si Hitam tinggal kenangan ......
Umi sedih sgt ...... umi dapat berita si hitam dah meninggalkan umi ..... setiap kali balik kg umi mesti nak main ngan si hitam ni .... yang buat umi makin sedih masa dia meninggal si hitam ni bunting .... si hitam ni manja ngan ayah cz dr kecik ayah yg bela ... lepas irfan lahir ... si hitam ayah anta ke kg tuk tok ki jaga .... di gigit anjing katanya ...... tok ki kini sedang menjejaki anjing durjana itu ......
Semoga si hitam berada di tempat yg sepatutnya ......
www.tips-fb.com

Tuesday, July 28, 2009

:: Kedai Gambar Kami Give Away ( July 2009 ) ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:45 AM 0 comments
Bab cuba mencuba nasib disamping mengeratkan sillaturahim ni mmg umi suke hehehe .... kali ni umi terjumpe satu Give Away yg sangat mudah hehehehe 100% pada nasib ..... syarat2nya boleh la ke blog catlina ..... Tarikh tutupnya pada 31 July 2009 .... umi join last2 ni ada ker peluang bernasib baik ni hehehehe.....
www.tips-fb.com

:: Keistimewaan Sya'aban Part 2 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:40 AM 0 comments
Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud
:Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud
::AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU::
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujut.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan:
Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat
Bersambung ................................
www.tips-fb.com

Monday, July 27, 2009

:: The Unique Wedding Photo Contest ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 12:36 PM 4 comments
Sempena meraikan eCar 4th Anniversary on 2nd July 2009
Selamat menyanbutr ulang tahun yang kr 4th, Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam lingkungannya.
Dan bermurah hati menganjurkan :
The Unique Wedding Photo Contest
Nama uolls & suami/isteri:
Noor Afzan & Mohammad Shah

Tarikh Tunang, Nikah, Bersanding, Resepsi, Bertandang etc:
Tarikh Tunang:18/08/06
Tarikh Nikah: 08/08/07
Tarikh Bersanding : 11/08/08
Tarikh Bertandang : 12/08/08

i) Kenapa uolls rasa gambar yang dipilih itu UNIK/UNIC/UNIQUE..??
Sebenonya nur pilih gambo ni cz nur & shah yg unik, hehehe biasanya kalu namanya pengantin sopan kontrol ayu jer kalo mkn beradap kan? Tapi nur and hubby makan tuk kenyang yum yum yum .. sayang tak makan semua sedap hehehehe, 2 kali tambah nasik tu, selagi tak habis lauk rasa tak nak bangun gitu. fotografer panggil nak bergambo pun nur kata nanti jap hihihik...

ii) Kenapa uolls suka membaca blog
e-caR NazRin aka ibuEiymann??
Owhh sbb nyer blog eCar ni best, byk info yg berguna tuk dikongsi. dan ada cup cake yg cantik, menarik dan pelbagai... n reading your blogs makes me cpt lapar .. Byk contest2 yang menarik dan hadiah yg best2 .. kiranya semua nyer menarik laaa ....
( satu lagi ... suke ecar marah ANONYMOUS.. tu kemarin jujur gitu hehehe)

link yang berkaitan dengan entry ini:-
http://ecaRNazRin.blogspot.com/2009/07/unique-wedding-photo-contest-sticky.html
Jom meriahkan lagi contest nihh.. Lagi ramai lagi best kan... =p
www.tips-fb.com

:: Keistimewaan Sya'aban Part 1 ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 11:39 AM 0 comments
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.

Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban.

Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.

Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Bersambung ...............................................
www.tips-fb.com

:: Hadiah Dr Hubby ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 10:43 AM 0 comments

Umi rasa minggu ni adalah minggu yg indah hehehe ..... terima kasih tuk Ayah yang sanggat best semalam hehehe ....MySpace ( kene la puji ckit cz dah dapat kasut idaman hihihi) ..... Summit angsana branch ... walaupun hanya RM 59.90 umi dah puas hati ...

jeng ... jeng .... jeng ini lah dia pujaan hati ku MySpace ... Cantik tak?????? Oleh kerana ayah dh belikan umi kasut ni ... nanti umi kasi upah ye sayang MySpace ..... umi amik peluang ni tuk jadi member summit .... so boleh dapat discount next time ....

Banyak lagik tau keistimewaannya MySpace... hehehe cam nak promot lak umi ek .... tak pe la yg baik mmg patut di kongsi ye tak?????

www.tips-fb.com

Wednesday, July 22, 2009

:: Ragam Irfan ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 9:04 PM 2 comments
Anak umi bangun dari tido yang ke 2 hehehe cam biasa la bangun pertama kul 6.30am kejut umi solat MySpace Amin ...... pastu sambung balik tido kul 10am baru bgn lagi ni la rupenyer MySpace
Sambil2 pikir nak wat aper nengok Hi5 dulu la .......

Cik ti ipan dah pandai duduk hehehehe
MySpace tomei tak ??????
Mengisi masa terluang sementara umi kemas2 umah and air mandi siap MySpace


Salam sayang tuk semua ....MySpace ...... Love cik tie....
www.tips-fb.com

:: Gaya Irfan Tido ::

Hasil Nurkilan Nurshahfamily at 8:34 PM 4 comments
Entry kali ni atas permintaan cik ti...... rindu ipan katanyer so nak nengok gambo terbaru so yg ni post tido heheheMySpace.. cik ti perasan tak ? dagu ipan terbelah hikhikhikMySpace....
Tuk pengetahuan cik ti.... la ni umi ipan dah lama tak tido di katil yg empuk kat bilik tu huhuhuMySpace.. cznya skrg ipan tido bukan lagi pusing2 tapi jalan jauh2... ada satu mlm tu.... umi sedar2 ipan xde kat sebelah, cari2 rupanya dah nak sampai opis ayah dia .... mlm lain lak ayah dia dengar bising2.... rupanya ipan tido dah sampai sliding MySpace .... padahal sebelum tido dah dipagar ... pun terlepas ...... nak wat cam ner ni cik ti ?????? MySpace..gamatnyer lama lagi la tak dpt tido atas katil ku itu ......
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

NurShahFamily Designed by SE